| PIAGAM PELANGGAN |
Pengenalan
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang Syariah (PUS) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian ini terdiri daripada 3 cawangan iaitu:
Pentadbiran & Kewangan
Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan kewangan bahagian.
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'
Bertanggungjawab terhadap semua urusan pernikahan, perceraian dan ruju' orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam
Bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumahtangga sebelum membuat tuntutan ke Mahkamah Syariah manakala Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
Bidang kuasa bahagian ini terikat sepenuhnya di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303)
Fungsi
Proses Kerja
* Menyimpan berita dan maklumat untuk 2 tahun terkini sahaja. Sumber dan maklumat boleh didapati di Unit ICT dan Perhubungan Awam JAWI.
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI TERIMA DAN MENTAULIAH PERALATAN STUDIO JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2021
Dokumen Sebut Harga : QT210000000033271
Direktori staf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Direktori ini dikemaskini dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan staf dalam Jabatan.
Kemaskini dilakukan oleh Desk Officer atau Desk Officer Assistant.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته