|
:: TAHUN 2020 ::
Mseyuarat Puspanita JAWI Bil 1 Bagi Tahun 2020 Tarikh : 16 Januari 2020 Tempat : Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Masa : 9.30 pagi
Booth Jualan Puspanita Sempena Pembukaan Tahun 2020 Tarikh : 16 Januari 2020 Tempat : Ruang Legar (Sebelah Eskalator), Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Masa : 10.00 pagi
|
Bulan Ogos 2018
|
Gotong-Royong Bersih Rumah Jagaan Warga Emas
SELANGOR, 7 OGOS 2018 (Selasa) – Anjuran Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama PUSPANITA JAWI, PERKIM, Yayasan Muallaf dan Jawatankuasa Masjid Saidina Ali, Serendah serta SUDI (Sukarelawan Dakwah JAWI) bertempat di Pusat Jagaan 1 Warga Emas, Serendah, Selangor.
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha mendekatkan diri kepada komuniti disayangi warga emas agar mereka merasa semangat kebersamaan di kalangan masyarakat di samping dapat memberi peluang kepada peserta yang terlibat dalam menyantuni golongan warga emas dan mereka yang memerlukan.
|
Bulan Julai 2018
|
Awesome Aidilfitri
|
|
![]() |
![]() |
|
Bulan Jun 2018
KUALA LUMPUR, 7 JUN 2018 (Khamis) – Sempena Bulan Ramadan 1439 Hijrah, Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (PUSPANITA JAWI) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah melaksanakan program World Quran Hour di Surau Muhajirin, Kompleks Pusat Islam. Kira-kira 100 orang peserta terlibat yang dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Mohamed dan Al-Fadhil Ustaz Norhafizi bin Abdul Rahim. Program ini bertujuan memartabatkan al-Quran agar ianya dibaca, difahami dan diamalkan agar Al-Quran menjadi manual kehidupan dan melahirkan karakter sebagai Muslim sejati. Selain itu, turut diadakan adalah Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JAWI.
Pengerusi PUSPANITA JAWI, Puan Naini Akmal binti Che Alias telah mengambil peluang berkenalan dan beramah mesra dengan ahli-ahli PUSPANITA JAWI sejurus tamat program World Quran Hour dan Khatam Al-Quran Perdana.
Para peserta dihadiahkan dengan bunga telur dan pada sebelah petangnya diadakan edaran bubur lambuk daripada Program Drive Thru Bubur Lambuk Masjid Wilayah Persekutuan.
Bulan Mei 2018 ![]()
Sesi pertukaran cenderahati daripada wakil Nasyrul Quran.
:: Aktiviti Puspanita Tahun 2017 ::
|
|||||||
|
SENARAI JAWATANKUASA PUSPANITA JAWI SESI 2023-2025
|
SEJARAH PENUBUHAN |
Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu menjawat Menteri Pelajaran selepas bercuti di Indonesia.
Sepanjang percutian tersebut, mereka disambut oleh Dharma Wanita Persekutuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan mesra wanita di sana, Tun Dr Mahathir kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Dengan bantuan Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr. Siti Hasmah telah merealisasikan penubuhan PUSPANITA. PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 1 Mac 1983. Ketika itu selain daripada itu beliau sendiri menjadi Penaung PUSPANITA yang pertama, berdasarkan Perlembagaan Tan Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara adalah merupakan Penasihat dan isteri beliau Puan Sri Zawiyah binti Yacob adalah Yang Di Pertua PUSPANITA yang pertama. Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Haji Abu Bakar pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Kehormat yang pertama. |
DASAR & STRATEGI |
DASAR |
1. Untuk meningkat keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi. 2. Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. 3. Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan diri. 4. Memupuk silaturrahim antara wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. 5. Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membanteras gejala sosial. |
STRATEGI |
|
1. Meningkatkan jumlah keahlian.
2. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalanngan ahli. 3. Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swsta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa 4. Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan. - Ke arah merealisasikan Wawasan 2020. - Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas. - Penerapan nilai-nilai murni. - Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar. |

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته