OBJEKTIF
Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam terbahagi kepada 2 unit iaitu Unit Rundingcara Keluarga dan Pusat Pembangunan Keluarga Islam(PPKI).
UNIT RUNDINGCARA KELUARGA
Unit ini bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah kekeluargaan Islam serta membantu klien memahami prosedur tuntutan dan menguruskan kes-kes kekeluargaan yang memerlukan tindakan Mahkamah Syariah.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan rundingcara dan bimbingan ke arah membangunkan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah Persekutuan. Menjelaskan kekeliruan dan membekalkan maklumat kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan mengenai isu rumahtangga dan penyelesaiannya.
PERKHIDMATAN RUNDINGCARA
3 jenis perkhidmatan rundingcara iaitu:-
· Rundingcara semasa / bagi mendapatkan pandangan.
~ Terbuka kepada semua pasangan suami isteri yang sah samada bermastautin didalam atau luar Wilayah Persekutuan.
· Rundingcara melalui telefon.
~ Boleh dihubungi melalui talian 03-2274 9333 dan mohon disambung kepada Pegawai bertugas.
· Rundingcara secara temujanji. (Bagi kes yang difailkan).
Syarat-syarat permohonan:~
PROSEDUR UNTUK FAILKAN PERMOHONAN
KEPUTUSAN SELEPAS SESI RUNDINGCARA
· Pasangan perlu bersedia memperbaiki sikap masing-masing.
· Jalankan tanggungjawab dengan bijak menurut Islam.
· Jadikan perkahwinan sebagai mahligai bahagia dan ikhlas kerana Allah.
· Hubungi Perunding sekiranya perlu
2. Berpisah
· Dapatkan laporan/ perakuan rundingcara daripada Pegawai Perunding.
· Daftarkan tuntutan/permohonan Perceraian di Mahkamah Syariah.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته