Pengenalan
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang Syariah (PUS) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian ini terdiri daripada 3 cawangan iaitu:
Pentadbiran & Kewangan
Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan kewangan bahagian.
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'
Bertanggungjawab terhadap semua urusan pernikahan, perceraian dan ruju' orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam
Bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumahtangga sebelum membuat tuntutan ke Mahkamah Syariah manakala Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
Bidang kuasa bahagian ini terikat sepenuhnya di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303)
Fungsi
Proses Kerja
Pengenalan
Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.
Cawangan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-
Fungsi Cawangan
Fungsi Cawangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته