|
PENGENALAN
Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Pusat Khidmat Sosial(PKS) merupakan program jangka panjang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) seluruh Malaysia dalam mengatasi masalah sosial masyarakat Islam di negara ini yang semakin serius dan membimbangkan.
TUJUAN PENUBUHAN
MODUL PERKHIDMATAN Perkhidmatan yang disediakan di PKKSK adalah berdasarkan modul-modul yang telah dirangka dengan teliti merangkumi aspek akidah, kekelurgaan, komuniti dan sosial.
PERKHIDMATAN PKKSK berfungsi sebagai sebuah pusat tumpuan kepada masyarakat yang menjalankan pelbagai aktiviti dan menjadi pusat rujukan masyarakat bagi pelbagai masalah. Perkhidmatan yang disediakan adalah berbentuk : Khidmat Nasihat/Perundingan: - Konflik Kekeluargaan/Rumahtangga - Konflik Sosial/ Komuniti Soal Jawab Persoalan Agama Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Motivasi Bantuan Rujukan Kepada Agensi Berkaitan
LOKASI PUSAT KHIDMAT KELUARGA SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK) 1) UTC PUDU SENTRAL
Tingkat 3, Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur No. Tel : 03-20220387 No. Faks : 03-20221547
2) UTC KERAMAT
Tingkat 1, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur No. Tel : 03-42650947 No. Faks : 03-42652465 |
| KEDAI MAKAN ASNAF 1MALAYSIA |
|
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia bermula pada 1 Januari 2013 bertempat di No. 25, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Antara objektif program ini adalah bagi membantu golongan asnaf untuk mendapatkan keperluan asas makanan dan meningkatkan kefahaman Islam melalui program-program yang diadakan. Program ini berbentuk pemberian makan tengahari secara percuma kepada golongan asnaf fakir, miskin, saudara baru, gelandangan dan terbuka kepada mana-mana kakitangan kerajaan/ swasta yang berpendapatan di bawah had kifayah. Masa pengedaran makanan adalah mulai jam 12.45 tengahari hingga 4.00 petang setiap hari. Menu makanan yang disediakan adalah variasi makanan seimbang dan ia boleh dinikmati di premis ini atau dibungkus mengikut keperluan pengunjung. Selain daripada makan tengahari percuma, program ini juga mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terpilih untuk memberi pengetahuan asas al-Quran, fardhu ain, akhlak dan motivasi. Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis sepanjang tahun. Selain itu, urusetia JAWI yang dilantik akan memantau secara harian dan memberi khidmat nasihat kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia ini merupakan usaha dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pelaksanaan dakwah bil hal iaitu bukan sahaja pengisian jasmani malah pengisian rohani bagi golongan asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
|
| No. 25, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. |
|
ASRAMA DARUL HIDAYAH MAIWP KG. BARU (Pusat Transit dan Kegiatan Saudara Muslim)
|
![]() |
|
Untuk menjaga kebajikan saudara muslim di Wilayah Persekutuan, sebuah blok kediaman empat (4) tingkat berkonsepkan studio apartment dengan keluasan tanah 971.28 meter persegi, telah dijadikan pusat transit (penempatan sementara) dan kegiatan saudara muslim yang dikenali sebagai Asrama Darul Hidayah MAIWP Kg. Baru. Pusat ini terletak di kawasan strategik di tengah-tengah ibu kota dan berdekatan dengan beberapa institusi pendidikan. Pusat ini telah mula beroperasi sejak 01 Disember 2012. Pusat ini dapat menempatkan seramai 50 orang penghuni pada satu masa. Syarat-syarat kemasukan ke pusat ini adalah seperti di Lampiran. Pusat ini juga menyediakan kemudahan bilik penginapan (20 unit) yang dilengkapi dengan bilik air dan pantry. Manakala dua (2) ruang rehat ditempatkan di setiap tingkat untuk kegunaan para penghuni. Di tingkat bawah pula dilengkapi dengan bilik pengurusan berhawa dingin. Selain daripada kemudahan penginapan sementara untuk tempoh enam (6) bulan, pusat ini juga menyediakan kemudahan kelas pengajian mengikut tahap-tahap tertentu iaitu pra-asas, asas, pertengahan dan lanjutan.
|
|
Asrama Darul Hidayah MAIWP (Kg. Periuk) Lot 96B, Seksyen 41,Jalan Dato‘ Abdul Razak, Kampung Baru,50300 Kuala Lumpur. Tel : 03-22749333 Faks : 03-22725245
|
|
Prosedur Kemasukan Asrama Darul Hidayah MAIWP Kg. Baru, Kuala Lumpur |

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته