Memberi Kefahaman Islam yang sebenar dalam pembentukan sahsiah ummah
Mengeratkan Ukhuwah Islamiah
Memberi khidmat kebajikan di kalangan masyarakat Islam dalam menangani gejala sosial
Memantapkan aqidah umat Islam
Memperbanyak usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran di kalangan masyarakat Islam.
PIAGAM PELANGGAN
Kami beriltizam memberi khidmat kepada penduduk di Wilayah Persekutuan Khususnya masyarakat Islam dalam meningkatkan syiar Islam di dalam Kehidupan Harian merangkumi fungsi-fungsi berikut :-
Meningkatkan Kefahaman Islam kepada seluruh masyarakat di Wilayah Persekutuan melalui pendekatan “DakwahBil Hal” dan “Dakwah Bil Lisan”.
Mengendali dan mengurus sambutan hari-hari kebesaran Islam, Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Menghafaz Al-Quran.
Memastikan pendaftaran Masuk Islam diproses dan diselesaikan dalam tempoh 90 minit daripada permohonan yang lengkap diterima.
Mengurus Kebajikan dan sokongan bantuan kepada Mualaf daripada agensi-agensi berkaitan seperti Baitulmal, DBKL, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya yang berdaftar di JAWI dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
Menyediakan khidmat nasihat dan kebajikan kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur.
Mengendali dan mengurus jenazah tidak berwaris secara Cekap dan Beramanah.
Menyediakan Perkhidmatan kenderaan jenazah kepada golongan dhaif dan tidak berkemampuan berdasarkan kadar Bayaran yang ditetapkan.
Bersedia memberi khidmat kepada penduduk Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan semua penduduk Malaysia amnya dalam Mempertingkatkan Kefahaman Islam dan amalan di dalam kehidupan harian.