05:53
Subuh
07:31
Dhuha
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Bahagian: Pengurusan Dakwah

Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam

PENGENALAN  
 
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah  dan  cawangan ini terbahagi kepada dua (2) unit :-

i. Unit Penyelarasan  Dan Keurusetiaan

ii. Unit  Kebajikan Islam
  

FUNGSI 

i. Unit Penyelarasan & Keurusetiaan 


Unit  ini bertanggungjawab :

  • Mengurus, mengendali dan menyelaras urusan pentadbiran am bahagian dalam merekod cuti pegawai & kakitangan, penyediaan peruntukan , laporan aktiviti, latihan  dan  kebajikan kakitangan bahagian.
  • Menguruskan majlis-majlis bagi sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Menguruskan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
  • Menguruskan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
  • Menyediakan Perkhidmatan Kereta Jenazah


ii. Unit Kebajikan Islam

Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah, Unit ini melaksanakan khidmat kebajikan kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur dan Pengurusan Jenazah di semua hospital Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).  Tugas-tugas yang dilaksanakan ialah seperti  berikut :-
  

a. Mengurus jenazah Islam yang tidak berwaris/tidak diketahui identitinya/tidak dituntut/saudara Muslim dan jenazah yang berisiko tinggi seperti penghidap HIV/AIDS, Tibi dan lain-lain.

b. Mengurus jenazah Islam atas permintaan waris.

c. Mengadakan lawatan dan khidmat pesakit seperti ;-

    •    Membaca surah Yaasin, mengajar dua kalimah syahadah bagi pesakit nazak,
    •    Mengajar para waris cara menghadapi pesakit nazak,
    •    Memberi tunjuk ajar cara berwuduk, tayammum dan solat  pesakit.
    •    Memberi khidmat nasihat / kaunseling serta menawarkan bantuan kepada pesakit dhaif dan keluarga pesakit yang terdampar dalam  bentuk wang tambang, barangan keperluan seperti lampin pakai buang, cawan, pinggang mangkuk, tuala, susu, biskut dan lain-lain.
    •    Memberi khidmat mengazan dan mengiqamatkan bayi baru lahir, tahnik serta menerangkan cara menyambut kelahiran yang dianjurkan Islam.
    • Mengadakan program sempena Hari Kebesaran Islam di hospital-hospital dengan mengadakan lawatan dan program kerohanian pesakit.
    • Mengedar risalah kerohanian.

d. Kursus Pengurusan Jenazah

 

PROSES KERJA

CARTA ALIRAN KERJA PERKHIDMATAN KERETA JENAZAH

 
MULA
  │
  ▼
Terima Permohonan
  │
  ▼
Maklum kepada pegawai untuk kelulusan kenderaan
  │
  ▼
Maklum kepada pemandu dan lantik pengiring
(jika perjalanan jauh)
  │
  ▼
Serahkan Borang Permohonan kepada pemandu
  │
  ▼
Hubungi Pemohon/Waris
  │
  ▼
Serahkan kunci dan Kad Minyak kepada pemandu
  │
  ▼
Pastikan kenderaan dalam keadaan baik
sebelum memulakan perjalanan
  │
  ▼
Dapatkan salinan Permit Pengkebumian dan
serahkan Borang Penyewaan Kenderaan
  │
  ▼
Jelas tatacara penyewaan kenderaan dan
kadar bayaran yang dikenakan
  │
  ▼
Dapat duit bayaran tol pergi dan balik
  │
  ▼
Ambil Jenazah daripada lokasi yang dipohon
  │
  ▼
Pandu kenderaan ke destinasi yang dipohon
dengan hati-hati dan selamat
  │
  ▼
Pastikan kilometre dan maklumkan jumlah
bayaran yang dikenakan
  │
  ▼
Terima bayaran dan sahkan penerimaan bayaran
  │
  ▼
Balik ke pejabat
  │
  ▼
Cuci kenderaan
  │
  ▼
Catit perjalanan kenderaan pada Buku Log
  │
  ▼
Terima Bayaran sewaan daripada pemandu
  │
  ▼
Serahkan bayaran kepada Unit Kewangan
  │
  ▼
Serahkan kunci dan Kad Inden Minyak
  │
  ▼
Tandatangan Buku Log
  │
  ▼
Semak Buku Log
  │
  ▼
Sahkan perjalanan kenderaan pada Buku Log
  │
  ▼
TAMAT

 

 

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar