Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai sebuah Jabatan yang memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menguruskan perkhidmatan hal ehwal Islam seperti berikut :
Mengurus dan menyiapkan proses pengislaman saudara baru dalam tempoh tiga (3) jam
Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran kad akuan Islam untuk saudara baru di Putrajaya dalam masa satu (1) jam
Meluluskan kebenaran berkahwin dalam tempoh dua hari bekerja
Mengeluarkan sijil perakuan nikah dalam tempoh tiga (3) hari setelah diterima daripada Penolong Pendaftar Nikah
Mengeluarkan kad perakuan nikah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan
Memberikan perkhidmatan rundingcara dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh aduan didaftarkan dan dalam tempoh satu minggu bagi kes susulan
Menguruskan pendaftaran surau dalam tempoh satu (1) hari tertakluk kepada dokumen yang lengkap.
Bertindak terhadap maklumat mengenai kesalahan jenayah syariah selewat-lewatnya 2 jam daripada aduan diterima
Menyelesaikan siasatan kes dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima arahan siasatan
Memastikan Kes Boleh Tangkap didaftarkan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh jaminan Penguatkuasa Agama ( PPA) luput. Bagi Kes Tidak Boleh Tangkap didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas kertas siasatan diterima.