PIAGAM PELANGGAN
Berusaha untuk memartabatkan Undang-undang Jenayah Syariah dengan melaksanakan tugas pendakwaan dengan cekap dan adil demi menjaga kemaslahatan umat Islam sekaligus membendung kemungkaran dan kemaksiatan dalam Wilayah-wilayah Persekutuan dengan:
· Menyemak setiap Kertas Siasatan yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan membuat keputusan samada kes boleh didakwa dalam tempoh satu (1) bulan.
· Memfailkan Kertas Pertuduhan dan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan ke Mahkamah dalam tempoh satu (1) minggu.
· Berusaha memastikan kes yang disabitkan kesalahan selesai 80 hingga 90 peratus.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته