PERUTUSAN | ||
Buku Panduan Proses Nikah, Cerai dan Ruju' ini diterbitkan khusus sebagai panduan kepada orang ramai untuk mengetahui aliran pengurusan kes-kes perceraian di Mahkamah Syariah serta tempoh masa proses-proses yang terlibat dari mula hingga kes diselesaikan. Saya percaya dengan adanya buku panduan ini orang ramai akan lebih mengenali secara lebih dekat mengenai pengurusan kes di Mahkamah Syariah. Usaha yang dilakukan adalah bagi menyahut aspirasi negara serta rakyat melalui gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Saya percaya usaha kita untuk mengurangkan tunggakan kes akan beroleh kejayaan seandainya semua pihak memberikan kerjasama untuk melicinkan pengurusan kes serta mengelakkan penangguhannya. Dalam kesempatan ini sukacita juga saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penyediaan Panduan ini yang telah berjaya menghasilkan buku panduan ini. Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk serta hidayah dan seterusnya memberkati usaha kita ini.
Y.A.A TAN SRI IBRAHIM LEMBUT | ||

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته