PENDAHULUAN | ||
| Pengurusan institusi kekeluargaan yang cemerlang merupakan nadi dalam pembangunan modal insan dalam kemajuan sesebuah masyarakat. Bidang ini, mencakupi urusan pemantapan ilmu dan kemahiran menjadi suami isteri yang cemerlang, pengurusan sumber tenaga sokongan berbentuk kewangan dan fizikal yang sistematik. Di samping itu juga, khidmat sokongan proses pernikahan, kaunseling dan kehakiman Islam yang cekap amatlah diperlukan bagi mewujudkan sistem penyampai yang berkesan serta berupaya mewujudkan pengurusan rekod yang efisyen. Buku Panduan Proses Nikah, Cerai dan Ruju' ini merupakan salah satu usaha pemantapan bidang khidmat sokongan proses pernikahan dan mahkamah serta pengurusan rekod. Keberhasilan yang diharapkan juga adalah agar agensi bukan kerjaan yang berada bersama masyarakat dapat mengambil manfaat dan rujukan ketiak memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Sasaran utama Buku Panduan ini adalah untuk dijadikan sebagai satu dokumen panduan awal yang jelas dan mudah kepada msyarakat yang memerlukan perkhidmatan di Jabatan Agama Islam dan juga di Mahkamah Syariah. Di samping itu juga, ia boleh dijadikan penanda aras keberkesanan proses penyampai perkhidmatan oleh kedua-dua agensi berkenaan. Akhirnya, maklumbalas masyarakat yang lebih membina boleh diperolehi dan aktiviti penambahbaikan proses penyampai perkhidmatan boleh dilaksanakan secara lebih efisyen. | ||

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته