|
1. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah ? Perkhidmatan Yang Disediakan;
2. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Penapisan Media & Visa? Perkhidmatan Yang Disediakan;
3. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah & Syariah? Perkhidmatan Yang Disediakan;
4) Saya ingin membuat aduan berkaitan halal, adakah Bahagian Penyelidikan adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan halal? Ya, aduan berkaitan dengan halal boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 5) Saya ingin membuat aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain, adakah Bahagian Penyelidikan adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan tersebut? Ya, aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 6) Saya mempunyai barang-barang gunaan Islam, bahan-bahan bercetak, visual yang meragukan, adakah saya boleh menghantarnya ke Bahagian Penyelidikan?
Ya, Anda boleh menghantar barang-barang tersebut ke Bahagian Penyelidikan untuk kajian dan urusan penyelidikan ATAU menghantar aduan ke emel JAWI iaitu 7) Bagaimanakah saya ingin berkerjasama dengan Bahagian Penyelidikan dalam melaksanakan program-program seperti penyembelihan halal dan sebagainya? Anda boleh datang ke Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau dengan menghubungi JAWI . 8) Kami mempunyai banyak teks Al-Quran lama, kitab-kitab lama, bolehkan diserahkan ke Jabatan Agama Islam untuk melupuskannya? Ya, teks Al-Quran lama dan kitab-kitab lama tersebut boleh diserahkan ke Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk proses pelupusan (setelah mendapatkan kelulusan KDN untuk dihantar ke IRIS, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur)
|
|
PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN
Nur Asyura Binti Jumat 03-22749333 ext : 1408
Emel : Noorhakimah Binti Bakri 03-22749333 ext : 1427
Emel : Bahagian Penyelidikan, Tingkat 4, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana 50676, Kuala Lumpur |
|
1. Siapakah yang boleh memberi maklumat kepada pihak Penguatkuasa Agama?
2. Bagaimanakah aduan boleh dilakukan?
3. Adakah maklumat pengadu akan didedahkan kepada umum?
4. Apakah kesalahan Jenayah Syariah?
5. Apakah bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama?
6. Sejauhmanakah pihak Penguatkuasa Agama dapat menguatkuasakan undang-undang dalam kawasan wilayah sahaja sekiranya dibawah kawasan negeri lain?
7. Apakah tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan?
8. Siapakah yang diberi kuasa untuk menangkap pesalah Syariah selain daripada Pegawai Penguatkuasa Agama?
9. Apakah Akta yang terpakai di Wilayah Persekutuan berhubung dengan kesalahan Jenayah Syariah?
10. Sejauh manakah undang-undang ini terpakai di Malaysia di wilayah dan orang Islam?
|
| FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
NIKAH, CERAI DAN RUJU’. 1.Siapakah yang boleh membuat permohonan berkahwin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan? Masyarakat Islam yang bermastautin/tinggal di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya tempoh 90 hari. 2. Bagaimanakah permohonan perkahwinan boleh dibuat? Permohonan perkahwinan boleh dibuat melalui permohonan berkahwin secara online dengan melayari www.sppim.gov.my. 3. Bagaimanakah Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara boleh dibuat? BAGAIMANAKAH PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA DENGAN KEBENARAN BOLEH DIBUAT? 3.1 Pendaftaran pernikahan luar negara dengan Kebenaran hendaklah didaftarkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh nikah. 3.2 Pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk mengisi borang permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara. 3.3 Dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut: I. Kad pengenalan dan passpot suami isteri II. Pasport dan visa yang digunakan masa keluar negara untuk akad nikah. (Asal dan salinan) III. Sijil nikah / buku nikah luar negara [Asal dan Salinan] yang telah disahkan oleh:
BAGAIMANAKAH PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN BOLEH DIBUAT? i. Pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk mengisi borang permohonan Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan (4P). Sila muat turun borang dan senarai semak di SINI. ii. Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI akan mengeluarkan laporan serta surat ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Bahagian Penguatkuasaan JAWI. iii. Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk memberi keterangan berkaitan perkahwinan yang berlawanan dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). iv. Pemohon hendaklah hadir ke Mahkamah Syariah untuk permohonan pengesahan perkahwinan. v. Pemohon menyerahkan Perintah Pengesahan Perkahwinan ke BPPK, JAWI untuk pendaftaran perkahwinan. vi. Salinan Sah Catatan Daftar Perkahwinan (Sijil Nikah) dikeluarkan.
4. Bagaimanakah Kad Perakuan Nikah boleh dibuat? Pasangan berkahwin di Wilayah Persekutuan (tertakluk kepada tempat akad nikah dijalankan) hendaklah hadir bersama pasangan dengan membawa Surat Perakuan Nikah Asal. 5. Bagaimanakah sekiranya suami telah melafazkan cerai. Apakah yang patut dilakukan? Suami atau isteri perlu ke Mahkamah Syariah tempat suami/isteri bermastautin untuk membuat pengesahan lafaz cerai. 6. Bagaimanakah pendaftaran cerai boleh dibuat? Pendaftaran cerai boleh dibuat dengan mengemukakan perintah penghakiman perceraian, rekod perceraian dari Mahkamah Shariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Surat Perakuan Nikah Asal. 7. Bagaimanakah pendaftaran ruju’ boleh dibuat? Pendaftaran Ruju’ boleh dibuat dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan ruju’, Rekod Perceraian daripada Mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, dan Surat Perakuan Nikah Asal. 8. Bilakah Surat Perakuan Nikah boleh diperolehi? Surat Perakuan Nikah boleh diperolehi di JAWI selepas 14 hari (bekerja) dari tarikh akad nikah dijalankan. 9. Bagaimanakah Salinan Kedua Surat Perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ boleh dibuat sekiranya surat-surat berkenaan hilang? Salinan Kedua Surat Perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan salinan Surat Perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ dan melampirkan Surat Akuan Sumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam. 10. Adakah ujian saringan HIV boleh dilakukan di klinik/hospital swasta? Tidak boleh. Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di klinik/hospital kerajaan Malaysia sahaja.
RUNDING CARA DAN KHIDMAT NASIHAT 1. Siapakah yang boleh mendapat khidmat runding cara di JAWI? Masyarakat Islam yang bermastautin/tinggal di Wilayah Persekutuan. 2. Dimanakah perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat kekeluargaan boleh diperolehi? Perkhidmatan runding cara boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:
3. Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan runding cara ? Perkhidmatan runding cara boleh diperolehi dengan mengisi borang permohonan runding cara serta mengemukakan salinan Kad Pengenalan dan Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di Malaysia.
KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM 1. Siapakah yang dikecualikan daripada menghadiri Kursus Praperkahwinan Islam? Pengecualian menghadiri Kursus Praperkahwinan Islam diberikan kepada lelaki dan perempuan yang pernah berkahwin, 2. Bilakah dan bagaimanakah salinan sijil kursus praperkahwinan boleh dibuat? Salinan sijil kursus praperkahwinan boleh dibuat di Bahagian Perkahwinan dengan mengemukakan surat pengesahan kehadiran kursus dari pusat kursus praperkahwinan yang telah dihadiri atau Surat Akuan Sumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam sekiranya pusat Pengendali Kursus Praperkahwinan yang dihadiri telah tidak beroperasi. |
|
Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur |
BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID (BPM)
1) Apakah fungsi BPM?
a) Mengurus pentadbiran masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.
b) Menyelia keceriaan dan kebersihan masjid dan surau.
c) Menyelaras permohonan pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan masjid dan surau.
d) Menyelaras program pengimarahan dan takmir masjid dan surau.
e) Menyelaras pengurusan Tanah Perkuburan Islam.
f) Menerbitkan teks Khutbah Jumaat dan Khutbah Multimedia.
g)Memproses pelantikan dan pentauliahan Imam Ratib, Pembantu Bilal, Guru Takmir, dan ahli Jawatankuasa Masjid dan surau.
h) Menyelaras Latihan kepada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid &surau.
i) Memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid.
j) Menguruskan perasmian masjid dan lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
k) Menyelaras bantuan kepada asnaf dengan kerjasama Institusi masjid dan surau melalui medium JAWI Food Bank.
2) Bagaimana ingin mendaftar surau?
Urusan permohonan untuk mendaftar surau boleh dirujuk kepada Pejabat-Pejabat Pentadbiran Zon masing-masing dengan mengisi borang yang berkaitan.
Pejabat Pentadbiran Zon akan mengadakan Lawatan Penilaian sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
3) Dimanakah lokasi Pejabat Pentadbiran Zon JAWI?
Zon 1 : Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara Kepong
Zon 2 : Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati KL
Zon 3 : Masjid Ash-Shafie, Taman Maluri Cheras
Zon 4 : Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
Zon 5 : Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
Zon 6 : Masjid Ar-Rahman, Pantai Baharu Kuala Lumpur
Zon 7 : JAWI Putrajaya
Zon 8 : JAWI Labuan
4) Bagaimana prosedur urusan perkebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS)?
a) Dapatkan Permit mengubur dari hospital atau balai polis (Sekiranya meninggal dunia di rumah atau selain hospital)
b) Permit mengubur hendaklah diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Raudhatul Sakinah (TPIRS) bagi tujuan pendaftaran.
c) Waris atau wakil hendaklah mengisi borang permohonan pengebumian dan membuat bayaran sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
d) Jenazah hendaklah dibawa untuk dikebumikan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pejabat TPIRS.
5) Bagaimana ingin memohon untuk menjadi Guru Takmir?
Iklan kekosongan Guru Takmir akan dimuat naik di media-media sosial JAWI jika terdapat kekosongan.
6) Bagaimana memohon menjadi imam / bilal ratib?
Permohonan menjadi imam / bilal ratib boleh dibuat terus ke masjid dan surau di kawasan masing-masing bergantung kepada kekosongan kuota yang ada.
7) Bagaimana memohon bantuan bakul makanan asnaf JAWI Food Bank?
Pemohon mesti hadir ke Pejabat JAWI Food Bank untuk melengkapkan borang permohonan. Pihak JAWI Food Bank akan mempertimbangkan sama ada untuk menghantar bantuan tersebut ke rumah pemohon atau kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.
8) Bagaimana untuk menyalurkan aduan berkaitan masjid dan surau?
Aduan berkaitan mestilah melalui Pejabat Pentadbiran Zon untuk diselaraskan tindakan lanjut yang bersesuaian.
9) Bila khutbah Jumaat akan dimuat naik di Portal Web JAWI?
Khutbah Jumaat mingguan akan dimuat naik di portal JAWI selewat-lewatnya pada hari Khamis setiap minggu.
10) Apakah proses permohonan pembangunan/pembinaan masjid atau surau?
JK Penaja hendaklah membuat surat permohonan rasmi kepada JAWI. Setiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut :
a) Surat permohonan rasmi cadangan membina masjid atau surau
b) Surat permohonan pengesahan Jawatankuasa penaja
c) Salinan minit JK Penaja
d) Salinan hak milik /warta dan pelan akui (PA) bagi tanah / tapak berkaitan.
e) Salinan penyata bank / muka hadapan akaun bank
f) Salinan status tapak dan sijil geran pemilikan tanah
g) Salinan kertas kerja pelan pembangunan
h) Anggaran kos perolehan tapak dan pembinaan
i) Sumber kewangan dan dana pembinaan
j) Ulasan keperluan membina masjid / surau barudaripada Pejabat Pentadbiran Zon
|
1. Bagaimanakah untuk saya mendapat khidmat penceramah ?
2. Saya ada seorang kawan yang berminat dengan Islam, dan beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam, di manakah boleh beliau memeluk Islam dan bagaimanakah cara untuk saya membantu beliau dalam perkara ini?
3. Apakah prosedur seseorang untuk memeluk Islam?
4. Saya seorang Saudara Baru, di manakah boleh saya belajar untuk saya mendalami dan mempelajari agama Islam?
5. Adakah JAWI menganjurkan Kelas pengajian Fardhu Ain atau program-program keagamaan?
|
|
PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN Maznah Binti Tahir 03-22749333 ext : 1522 Emel : Bahagian Pengurusan Dakwah, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur |
7. Apakah tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan?
Tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan ialah :-
i. Jika pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan memberikan maklumat / aduan, Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah ;
- Mengubah aduan tersebut dalam bentuk bertulis dan aduan tersebut hendaklah di baca kepada pengadu;
- Pengadu diberi peluang untuk menambah, membetulkan atau meminda aduan tersebut; dan
- Jika ada pembetulan atau pindaan, ia hendaklah di buat pada masa itu pengadu hadir di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama dan pembetulan atau pindaan aduan tersebut akan di baca semula kepada pengadu. Pengadu dan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menandatangani aduan / maklumat pada borang aduan tersebut.
ii. Jika aduan / maklumat diterima melalui telefon atau hotline penguatkuasaan, Pegawai Penguatkuasa Agama akan ;
- Mengubah aduan / maklumat itu dalam bentuk tulisan;
- Mencatatkan tarikh dan masa maklumat itu diterima dalam Borang 5 (Borang Aduan) dan;
- Menandatangani borang tersebut sebagai pemberi maklumat dan Borang tersebut akan ditandatangani oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama lain.
iii. Jika aduan / maklumat diterima secara lisan atau bertulis melalui sms, surat, email, faksimili, laporan polis atau seumpamanya maka Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah;
- mendapatkan maklumat diri pengadu / pemberi maklumat termasuk nombor telefon atau nombor yang boleh di hubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan ;
- mendapatkan butir-butir berikut daripada pengadu;
a) alamat / lokasi kejadian atau tempat disyaki atau apa-apa petunjuk yang membolehkan lokasi itu dikenalpasti;
b) perihal aduan / maklumat
c) identiti orang yang disyaki (OYDS)
d) identiti orang lain yang berkenaan (jika ada); dan
e) apa-apa maklumat lain yang boleh menyokong aduan / maklumat berkenaan.
iv. Kesemua aduan / maklumat yang diterima sama ada secara lisan atau bertulis akan didaftarkan di dalam buku daftar maklumat dan akan diberikan nombor pendaftaran atau rujukan fail.
8. Siapakah yang diberi kuasa untuk menangkap pesalah Syariah selain daripada Pegawai Penguatkuasa Agama?
i. Hakim
ii. Pegawai Polis
iii. Pegawai Masjid seperti Imam, Bilal dan Naqib
Seterus>>
BAHAGIAN PELAJARAN
Tajuk : Pendaftaran Sekolah Agama dan Tahfiz Swasta
1. Bagaimana saya hendak mendaftarkan sekolah agama atau tahfiz swasta di JAWI?
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama/ Tahfiz Swasta yang boleh didapati dari Bahagian Pelajaran, JAWI atau melalui portal JAWI di alamat: https://www.jawi.gov.my/
2. Apakah lampiran dokumen yang perlu saya sediakan?
i. Surat permohonan penubuhan/ pendaftaran Sekolah Agama Islam/ Tahfiz;
ii. Borang Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam/ Tahfiz yang lengkap diisi; dan
iii. Minit mesyuarat penubuhan sekolah yang lengkap dan disahkan oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan serta mengandungi maklumat-maklumat berikut:
a) Nama sekolah dan Alamat
b) Jenis sekolah
c) Senarai nama Jemaah Pengurusan Sekolah bersama jawatan yang disandang. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan (sediakan lampiran)
(Minima 5 orang warganegara Malaysia, beragama Islam & berumur 21 tahun ke ataş)
d) Kadar bayaran yuran
e) Kurikulum yang digunakan (sediakan lampiran berserta senarai buku rujukan)
f) Status tanah/ premis (milik sendiri, sewa, wakaf & lain-lain)
g) Sesi Pengajian (Pagi, Pagi & Petang, Petang atau Sepenuh Masa)
h) Maklumat Pelajar (sediakan lampiran)
i) Maklumat Guru (sediakan lampiran berserta tauliah mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi semua guru yang mengajar subjek agama)
3. Berapa lama saya akan mengetahui keputusan kelulusan pendaftaran?
Tempoh kelulusan pendaftaran adalah dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) bulan bergantung kepada kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kesihatan.
Tajuk : Proses permohonan sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Belajar Agama Islam
Bagi Pelajar Warganegara Asing
1. Bagaimana saya hendak mendapatkan sokongan pas lawatan ikhtisas belajar agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
i. Menghantar surat permohonan surat sokongan visa pelajar ke Bahagian Pelajaran JAWI;
ii. Melampirkan dokumen-dokumen berikut:
a) Lampiran senarai pelajar yang memohon surat sokongan (mengandungi maklumat nama pelajar, no passport, umur dan tarikh tamat visa pelajar);
b) Surat pengesahan pelajar dari institusi;
c) Salinan passport terkini; dan
d) Salinan visa pelajar yang terkini.
iii. Menghadiri temuduga seperti yang ditetapkan oleh jabatan dengan membawa passport yang asal.
2. Apakah prosedur selepas permohonan yang lengkap diserahkan kepada JAWI?
i. Pihak JAWI akan membuat semakan dokumen dan menetapkan tarikh temuduga;
ii. Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pihak institusi;
iii. Pelajar perlu menghadiri temuduga mengikut tarikh yang ditetapkan;
iv. Pihak institusi hendaklah mengemaskini maklumat pelajar ke dalam sistem e-ikhtisas JAKIM bagi pelajar berumur 18 tahun dan ke atas; dan
v. Surat sokongan pas lawatan iktisas akan dikeluarkan kepada pemohon yang diluluskan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh temuduga.
Tajuk: Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)
1. Apakah itu SIRAJ
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau singkatannya SIRAJ merupakan sebuah sekolah rendah arus perdana yang beroperasi di bawah kelolaan dan pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
2. Adakah SIRAJ merupakan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Tidak.
3. Apakah status SIRAJ?
SIRAJ berstatus Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) yang didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM dan merupakan Sekolah Bantuan Modal Agensi Kerajaan iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
4. Adakah SIRAJ merupakan sekolah swasta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Tidak. SIRAJ merupakan Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Negeri (JAWI) dan Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
5. Apakah kurikulum yang digunakan di SIRAJ?
i. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
ii. Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI); dan
iii. Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
6. Apakah mata pelajaran/ subjek yang akan dipelajari di SIRAJ?
i - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Tahun 1 – 6:
Tahun 4 – 6:
ii- Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)
7. Adakah murid perlu mengikuti/ menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) atau Sekolah Rendah Agama (SRA) setelah memasuki SIRAJ?
Tidak.
8. Adakah wujud SIRAJ lain di Wilayah Persekutuan?
Ya. Terdapat 5 buah SIRAJ sedia ada yang telah beroperasi lebih 7 tahun di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu;
9. Adakah wujud SIRAJ di Wilayah Persekutuan Labuan?
Ya. Terdapat 1 buah SIRAJ yang baru beroperasi pada 2024 tahun di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu;
10. Bilakah masa operasi/ waktu persekolahan SIRAJ?
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
i. 7.30 pagi sehingga 4.30 petang (Isnin – Khamis)
ii. 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari (Jumaat sahaja)
Wilayah Persekutuan Labuan
i. 7.30 pagi sehingga 4.30 petang (Isnin – Khamis)
ii. 7.00 pagi hingga 11.30 pagi (Jumaat sahaja)
11. Adakah terdapat yuran wajib bulanan dikenakan kepada murid SIRAJ?
Tiada yuran wajib bulanan dikenakan kepada murid. Walau bagaimanapun, pihak sekolah dibenarkan membuat kutipan bayaran bagi pakej perkhidmatan penyediaan makanan di kantin atau kutipan sumbangan khas seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pembelian peralatan projek murid bagi subjek RBT dan Sains, Pakaian Sukan dan lain-lain dengan kebenaran Bahagian Pelajaran, JAWI.
12. Siapakah tenaga pengajar di SIRAJ?
Tenaga pengajar SIRAJ terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Skim DG) lantikan secara tetap dan berpencen dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kompeten, berwibawa serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.
13. Apakah keistimewaan yang ada pada SIRAJ?
i. Murid akan menerima bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan peruntukan aktiviti pembangunan Baitulmal MAIWP;
ii. Murid akan dilindungi di bawah Skim Takaful Insuran secara percuma setiap tahun;
iii. Pelaksanaan operasi satu sesi persekolahan daripada pagi hingga petang yang menggabungkan ketiga-tiga jenis kurikulum;
iv. Penggunaan satu sekolah/ premis sahaja untuk mengikuti sesi pembelajaran akademik dan agama;
v. Penekanan terhadap amali Fardu Ain dan Al-Quran;
vi. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek;
vii. Pengurusan murid yang sistematik dan terancang;
viii. Pelibatan murid secara langsung dengan aktiviti-aktiviti kerohanian anjuran JAWI, MAIWP dan JAKIM;
ix: Bantuan kebajikan dan penyediaan kemudahan daripada JAWI dan MAIWP.
14. Apakah potensi murid SIRAJ di peringkat pendidikan menengah?
Selepas tamat tahun 6, murid SIRAJ yang berkelayakan boleh meneruskan pendidikan menengah di sekolah-sekolah seperti berikut:
i. Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)
ii. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
iv. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
v. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
vi. Kelas Aliran Agama (KAA)
vii. Sekolah Menengah Kebangsaan (harian)
15. Bilakah permohonan kemasukan ke SIRAJ boleh dilakukan?
Permohonan boleh dilakukan sebaik sahaja iklan kemasukan ke SIRAJ dipamerkan di laman web rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
16. Siapakah yang layak untuk memohon dan apakah syarat atau kriteria penilaian untuk murid layak masuk ke SIRAJ?
i. Kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 7 tahun pada tahun mendaftar;
ii. Sihat tubuh badan;
iii. Telah berdaftar dengan mana-mana sekolah kebangsaan KPM;
iv. Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira;
v. Menguasai asas membaca al-Quran;
vi. Menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi; dan
vii. Lulus dalam Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S).
17. Apakah tindakan ibu bapa selepas membuat pengisian permohonan secara atas talian?
Ibu bapa perlu menyemak dan mencetak Surat Tawaran Menduduki Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S) melalui e-mel yang sama digunakan semasa permohonan.
18. Adakah murid perlu menduduki ujian atau temu duga sebelum layak diterima masuk ke SIRAJ?
Ya. Murid wajib menduduki dan lulus dalam Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S) sebelum diterima masuk sebagai murid SIRAJ.
19. Apakah Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S)?
Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S) merupakan satu mekanisme saringan pemilihan murid bagi memastikan murid Tahun 1 yang dipilih memenuhi kriteria kemasukan ke Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). UK1S dilaksanakan menggunakan kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi menilai penguasaan asas calon dalam aspek membaca, menulis dan mengira.
20. Bagaimanakah pelaksanaan Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S) ini dilaksanakan?
Ujian ini dilaksanakan secara berpusat pada hari, masa dan tempat yang telah ditetapkan sahaja.
21. Adakah tarikh Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S) boleh dipinda?
Tidak. Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S) hanya akan dilaksanakan pada hari dan masa yang telah ditetapkan sahaja. Calon yang tidak hadir pada hari tersebut akan dikira gagal dan sebarang rayuan tidak akan diterima.
22. Apakah jenis ujian yang akan diuji semasa Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S)?
Ujian ini mengandungi dua (2) komponen, iaitu;
i . Ujian Bertulis
Komponen ini menguji elemen kecerdasan intelektual, penguasaan asas membaca dan menulis serta asas penyelesaian masalah diuji untuk mengukur tahap kognitif murid dalam sesuatu mata pelajaran.
ii. Ujian Membaca
Komponen ini adalah untuk mengenal pasti kecerdasan kemahiran insaniah murid dalam aspek pembacaan teks pendek dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, tulisan Jawi dan kalimah-kalimah dari Al-Quran.
23. Berapakah tempoh pelaksanaan Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S)?
Calon akan akan menduduki Ujian Bertulis terlebih dahulu selama 1 jam 30 minit dan kemudian diikuti dengan Ujian Membaca pada hari yang sama.
24. Adakah calon wajib untuk menduduki kedua-dua ujian tersebut?
Calon diwajibkan untuk menduduki kedua-dua ujian tersebut dan sekiranya calon tidak menduduki salah satu ujian tersebut, calon dikira gagal.
25. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa sesi Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S)?
i. Surat Tawaran Menduduki Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S)
ii. Sijil Kelahiran atau MyKid
iii. Alat Tulis
26. Sekiranya anak saya gagal dalam Ujian Kelayakan Tahun 1 SIRAJ (UK1S), adakah rayuan dibenarkan?
Ya, rayuan adalah dibenarkan dan keputusan selepas rayuan adalah muktamad.
27. Sekiranya anak saya ditawarkan masuk ke Tahun 1 SIRAJ, apakah persediaan pakaian atau uniform sekolah yang perlu disediakan?
Murid diwajibkan untuk mematuhi peraturan pemakaian seperti termaktub di dalam Buku Peraturan Murid SIRAJ sedia ada.
Uniform bagi murid lelaki ialah baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek, seluar panjang berwarna biru gelap, stoking hitam, kasut hitam dan bersongkok hitam.
Uniform bagi murid perempuan pula ialah baju kurung berwarna putih, kain berwarna biru gelap, stoking hitam, kasut hitam dan tudung berwarna putih.
28. Apakah medium yang akan digunakan oleh JAWI untuk memaklumkan keputusan sama ada anak saya lulus atau gagal untuk diterima masuk ke SIRAJ?
E-mel seperti mana yang digunakan semasa permohonan.
Tajuk: Sekolah Rendah Agama (SRA)
1. Apakah itu SRA?
Sekolah Rendah Agama JAWI atau singkatannya SRA merupakan sekolah rendah agama yang beroperasi di bawah kelolaan dan pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
2. Adakah SRA merupakan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Tidak.
3. Apakah status SRA?
SRA berstatus Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) yang didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM dan merupakan Sekolah Bantuan Modal Agensi Kerajaan iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
4. Adakah SRA merupakan sekolah swasta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Tidak. SRA merupakan Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Negeri (JAWI) dan Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
5. Apakah kurikulum yang digunakan di SRA?
i. Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI); dan
ii. Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
6. Apakah mata pelajaran/ subjek yang akan dipelajari di SRA?
i. Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)

7. Adakah wujud SRA lain di Wilayah Persekutuan?
Ya. Terdapat 70 buah SRA yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan seperti yang berikut;

8. Bilakah masa operasi/ waktu persekolahan SRA?
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
i. 8.15 pagi sehingga 11.00 sesi pagi (Isnin – Jumaat)
ii. 2.30 petang sehingga 5.15 sesi petang (Isnin - Jumaat)
Wilayah Persekutuan Labuan
i. 1.30 petang hingga 5.30 petang
9. Adakah terdapat yuran wajib bulanan dikenakan kepada murid SRA?
Tiada yuran wajib bulanan dikenakan kepada murid. Walau bagaimanapun, pihak sekolah dibenarkan membuat kutipan bayaran bagi pakej perkhidmatan penyediaan makanan di kantin atau kutipan sumbangan khas seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pembelian peralatan projek murid bagi subjek RBT dan Sains, Pakaian Sukan dan lain-lain dengan kebenaran Bahagian Pelajaran, JAWI.
10. Siapakah tenaga pengajar di SRA?
Tenaga pengajar SRA terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Skim DG) lantikan secara tetap dan berpencen dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kompeten, berwibawa serta berpengalaman dalam bidang masing-masing, My Step dan Guru Lantikan Sekolah dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
11. Apakah potensi murid SRA di peringkat pendidikan menengah?
Selepas tamat tahun 6, murid SRA yang cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) layak menggunakan sijil UPSRA, UPKK berserta keputusan Penilaian Sekolah Rendah untuk memohon melanjutkan pendidikan menengah di sekolah-sekolah seperti berikut;
i. Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)
ii. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
iv. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
v. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
vi. Kelas Aliran Agama (KAA)
vii. Sekolah Menengah Kebangsaan (harian)
12. Bilakah tarikh permohonan dibuka?
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 SRA telah akan dibuka pada setiap tahun secara sepenuhnya secara atas talian melalui pautan yang disediakan bermula antara bulan Mei dan Jun pada setiap tahun.
13. Apakah boleh memohon pendaftaran setelah tarikh permohonan ditutup, bagaimana?
Boleh. Pemohon perlu ke sekolah untuk memastikan kekosongan tempat, jika ada kekosongan pihak sekolah akan meminta pemohon mengisi borang mengikuti prosedur pendaftaran manual. Pemohon hanya boleh mengisi senarai menunggu jika tiada kekosongan tempat di sekolah yang berkaitan.
14. Siapakah yang layak untuk memohon dan apakah syarat atau kriteria penilaian untuk murid layak daftar ke SRA?
i. Kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 7 tahun pada tahun mendaftar;
ii. Sihat tubuh badan;
iii. Telah berdaftar dengan mana-mana sekolah kebangsaan KPM.
15. Sekiranya anak saya gagal ditempatkan Tahun 1 SRA, adakah rayuan dibenarkan?
Ya, rayuan boleh dibuat disekolah yang dipohon atau sekolah yang berdekatan dengan penginapan. Penawaran pendaftaran adalah tertakluk kepada kekosongan dan keputusan selepas rayuan adalah muktamad.
Bahagian Pelajaran
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته