05:52
Subuh
07:23
Dhuha
13:04
Zohor
16:17
Asar
19:05
Maghrib
20:14
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

PERHIMPUNAN AGENSI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) PERKUKUH SINERGI DAN PENYAMPAIAN AGENSI AGAMA

 

MAIN_FRAME.jpeg

2 OKTOBER 2026 (Jumaat) - Perhimpunan Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berlangsung pada hari ini, 2 Oktober 2026 di Dewan Muktamar JAWI, Kuala Lumpur sebagai wadah memperkukuh hubungan, kerjasama dan sinergi antara agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Perhimpunan tersebut turut dihadiri YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pengurusan tertinggi dan ketua-ketua agensi.
 
Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan bacaan doa, diikuti sesi perkongsian ilmu oleh YBrs. Profesor Phar Kim Beng.
Turut berlangsung ialah tayangan pencapaian agensi Hal Ehwal Agama serta sesi amanat oleh YB Menteri yang menekankan kepentingan pengukuhan perkhidmatan dan kerjasama strategik dalam memperkasa agenda Hal Ehwal Agama.
 
Antara pengisian lain termasuk tayangan Montaj Al MADANI 3.0, Persembahan Istimewa Sebarkan Salam, peluncuran Garis Panduan Kubur Bertingkat, pelancaran aplikasi JAKIM Touch serta Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Pembinaan SRA Al Mahmudiah, Segambut, Kuala Lumpur.
 
Perhimpunan turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah serta pameran-pameran agensi. Penganjuran perhimpunan kali ini telah diurusetiakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
 
Semoga perhimpunan ini terus menjadi platform memperkukuh kesepaduan dan kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Hal Ehwal Agama yang lebih berkesan serta memberi manfaat kepada masyarakat.
 
 
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (2) WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (1)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.57 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (5)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (4)

 

 

Disediakan oleh:

 

Unit Komunikasi Korporat 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar