05:57
Subuh
07:29
Dhuha
13:11
Zohor
16:12
Asar
19:14
Maghrib
20:23
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

PERTANDINGAN KHATIB TERBAIK SEMPENA BENGKEL PENYAMPAIAN KHUTBAH BERKESAN TAHUN 2026

 

MAIN_FRAME.jpeg

9 September 2026 | 27 Rabi'ul Awal 1448 H - Pertandingan Khatib Terbaik sempena Bengkel Penyampaian Khutbah Berkesan diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran serta memantapkan kualiti penyampaian khutbah dalam kalangan para imam dan khatib masjid di Wilayah Persekutuan.

Pertandingan ini dinilai berdasarkan empat (4) komponen utama yang merangkumi aspek kepatuhan kepada teks dan rukun khutbah, kelancaran bacaan, penguasaan suara dan vokal serta kemahiran penyampaian dimimbar.

Panel juri bagi Pertandingan Khatib Terbaik terdiri daripada, Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Noor, Ustaz Hassan Alfadhli bin Abdul Rahman, Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim, Ustaz Amirul Imran bin Amirrudin, dan Ustaz Yusof Assidiqqi bin Ahmad Sharkawi.

🏆 ANUGERAH PERTANDINGAN KHATIB TERBAIK

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang penerima Anugerah Khatib Terbaik sepanjang kursus:

🥇 Mior Ahmad Fitri bin Mior Shahridan
Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib)
Masjid Jamek Saad Ibn Waqqas

🥈 Abu Bakar Mohamad Noor
Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib)
Masjid Mahmoodiah

🥉 Hasan Basri bin Soidin
Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib)
Masjid Zaid bin Haritsah

Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima atas prestasi, komitmen dan kesungguhan yang telah ditampilkan dalam pertandingan tersebut. Pencapaian ini membuktikan bahawa barisan imam dan khatib Wilayah Persekutuan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti penyampaian khutbah selaras dengan tuntutan semasa.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), diiringi Yang Mulia Dato’ Tengku Ab. Aziz bin Tengku Mahmud, Pengerusi Masjid Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Arif bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, serta Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Sultan Abdullah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh peserta Bengkel Penyampaian Khutbah Berkesan Tahun 2026 serta pihak Masjid Al-Sultan Abdullah atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran bengkel dan Pertandingan Khatib Terbaik ini. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat terus memperkasa kualiti penyampaian khutbah serta meningkatkan profesionalisme para imam dan khatib di Wilayah Persekutuan.


#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu

 
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (1) WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (2)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.57 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (5)

 

 

Disediakan oleh:

 Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar