05:58
Subuh
07:30
Dhuha
13:13
Zohor
16:15
Asar
19:16
Maghrib
20:25
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M

 

MAIN_FRAME.jpeg

5 SEPTEMBER 2026 | 23 RABIULAWAL1448H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan rakan-rakan strategik menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M bertempat di Dewan Muktamar JAWI, Kuala Lumpur.
 
Majlis ini menghimpunkan kira-kira 1,200 orang tetamu terdiri daripada ketua-ketua agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ahli-ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), ketua-ketua agensi kerajaan persekutuan, jabatan kerajaan dan swasta sekitar Wilayah Persekutuan, rakan-rakan strategik JAWI, pengerusi-pengerusi masjid di Wilayah Persekutuan, peserta-peserta kontinjen perarakan Maulidur Rasul serta masyarakat awam di Wilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Ucaptama dan perasmian majlis disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.
 
Majlis ini diadakan bertujuan menyemarakkan syiar Islam menerusi perhimpunan besar-besaran bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak mulia baginda. Sejajar dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, majlis ini sesuai dijadikan wadah dan platform strategik bagi penyampaian ilmu serta perkongsian agenda nasional, khususnya dalam merealisasikan hasrat kerajaan membentuk masyarakat MADANI berpandukan teladan daripada sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW.
 
Selain itu, majlis ini juga bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan organisasi-organisasi yang telah banyak memberikan sumbangan dalam memartabatkan agama Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat Islam melalui penganugerahan Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maulidur Rasul.
 
Beberapa aktiviti turut berlangsung sebagai pengisian utama majlis ini. Antaranya perarakan 27 Kontinjen Maulidur Rasul yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, badan berkanun, masjid dan surau serta pertubuhan bukan kerajaan yang menjadi tarikan utama. Pengisian majlis ini termasuklah persembahan khas daripada Ustaz 3 Beradik, Tausiyah Maulidur Rasul serta Tayangan Video Khas Penerima Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maulidur Rasul.
 
Kemuncak majlis ialah pengumuman Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan kepada individu dan organisasi-organisasi yang telah menyumbang kepada pengembangan syiar Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.
 
Pada majlis tersebut, terdapat juga reruai pameran yang dikendalikan oleh pelbagai agensi dan rakan strategik bagi memberikan pendedahan serta maklumat berkaitan perkhidmatan, program dan inisiatif yang ditawarkan kepada masyarakat.
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M mengekalkan tradisi penganugerahan kepada individu dan organisasi-organisasi yang memainkan peranan penting dalam memperkasa serta mempertingkat syiar Islam di Wilayah Persekutuan. Selain Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul, majlis ini juga akan mengumumkan penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul kepada empat organisasi bagi kategori Dakwah, Masjid/Surau, Pendidikan dan Kemanusiaan.
 
Penganugerahan ini bukan sekadar penghormatan, tetapi juga sebagai inspirasi kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada pembangunan syiar Islam melalui bidang kepakaran masing-masing.
 
Tokoh utama menerima wang tunai RM8,000.00, saguhati menunaikan umrah bernilai RM9,000.00, plak dan sijil serta hadiah iringan. Manakala penerima Anugerah Khas pula masing-masing menerima wang tunai RM4,500.00, plak dan sijil serta hadiah iringan.
 
Sebagai tirai penutup, pengumuman dan penyampaian hadiah turut diberikan kepada Kontinjen Terbaik Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M.
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pengukuhan kefahaman dan penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW dalam kalangan masyarakat Islam.
 
Selain itu, majlis ini juga diharap dapat memperkukuh ukhuwah Islamiah dan perpaduan ummah, seterusnya menyemarakkan lagi semangat Malaysia MADANI melalui kerjasama erat pelbagai agensi, organisasi dan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
 
Semoga pengiktirafan yang diberikan melalui penganugerahan Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maulidur Rasul tahun ini dapat menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai individu serta organisasi yang terus istiqamah menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.
 
 
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (2) WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (1)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.57 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (5)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (4)

 

 

Disediakan oleh:

 

Unit Komunikasi Korporat 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar