06:01
Subuh
07:35
Dhuha
13:20
Zohor
16:34
Asar
19:25
Maghrib
20:36
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA PENGERUSI MAIWP KE MASJID BILAL BIN RABAH, KUALA LUMPUR

 

MAIN_FRAME.jpeg

19 OGOS 2026 | 5 RABIUL AWAL 1448H - Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Masjid Bilal bin Rabah, Kuala Lumpur, hari ini.

Lawatan turun padang ini bertujuan untuk meninjau perkembangan serta pengurusan masjid secara lebih dekat, di samping memastikan institusi masjid terus berfungsi sebagai pusat pembangunan masyarakat dan penyatuan komuniti, melangkaui peranannya sebagai tempat ibadah semata-mata.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan; Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan; serta barisan pegawai kanan MAIWP dan JAWI.

Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Pengerusi Masjid Bilal bin Rabah, YBrs. Encik Abdul Hafidz bin Abdul Manas bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid.

Dalam amanatnya, YBhg. Datuk Pengerusi MAIWP menegaskan bahawa aspek pengurusan dan pentadbiran masjid hendaklah dilaksanakan secara amanah, cekap, telus dan profesional, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan bagi memastikan setiap sumbangan dan sumber kewangan masjid diurus dengan penuh tanggungjawab serta memberi manfaat kepada jemaah dan masyarakat.

Beliau turut menekankan berkaitan pemantauan pentauliahan penceramah bagi pelaksanaan kuliah, pengajian, ceramah dan aktiviti keagamaan yang disusun di masjid dan surau mestilah mempunyai tauliah yang sah, selaras dengan ketetapan dan peraturan yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.

Dalam masa yang sama, penglibatan generasi muda dalam program masjid hendaklah diperluas melalui pelaksanaan aktiviti kerohanian, pendidikan, kemasyarakatan, kesukarelawanan, sukan dan pembangunan sahsiah yang bersesuaian dengan minat serta keperluan mereka. Penglibatan aktif golongan muda diyakini dapat melahirkan generasi pewaris yang mempunyai rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap institusi masjid.

Pihak JAWI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen padu YBhg. Datuk Pengerusi MAIWP, pihak delegasi dan seluruh Jawatankuasa Kariah Masjid Bilal bin Rabah.

Semoga jalinan kerjasama erat antara MAIWP, JAWI dan institusi masjid terus diperkukuh demi memartabatkan masjid sebagai pusat kecemerlangan pembangunan ummah yang diurus secara profesional, berintegriti dan berkesan.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu

 
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (2) WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (1)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.57 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (5)
WhatsApp Image 2026 08 19 at 4.43.58 PM  

 

 

Disediakan oleh:

 Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar