05:53
Subuh
07:31
Dhuha
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

BENGKEL PEMANTAPAN IMAM & BILAL SURAU-SURAU DI BAWAH PEJABAT PENTADBIRAN MASJID/SURAU ZON 6 JAWI TAHUN 2026

Alhamdulillah, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan pada 26 hingga 27 Januari 2026 bertempat di Dewan Kuliah Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur dengan penyertaan hampir 120 orang imam dan bilal daripada 70 buah surau di bawah seliaan Zon 6 JAWI.
 
Majlis perasmian bengkel telah diadakan pada 26 Januari 2026 pukul 12.15 tengah hari yang dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, ucapan aluan pengerusi majlis serta bacaan doa oleh YBrs. En. Mohamad Saidi bin Jaafar, Naqib Masjid Ar-Rahman. Seterusnya, ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Pn. Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) JAWI sebelum majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.
 
Bengkel ini bertujuan meningkatkan keyakinan, kemahiran serta kualiti diri imam dan bilal, menghayati hukum hakam serta adab-adab azan dan solat berjemaah, di samping memantapkan keterampilan dan profesionalisme serta memberi pendedahan ilmu taranum dan seni suara bagi memperelokkan alunan azan dan bacaan al-Quran.
 
Pengisian bengkel telah disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman iaitu Dr. Rohaily @ Abd Rahman bin Abd Hamid dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Khalid bin Isa, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Ustaz Hassan Al-Fadhli, Imam Kanan Masjid Negara serta Ustaz Muhammad Zuhri bin Mohd Yusoff, Bilal Idaman dan Ketua Bilal Masjid Salahuddin Al-Ayyubi.
 
Semoga penganjuran bengkel ini dapat melahirkan imam dan bilal yang lebih berilmu, berwibawa serta berkesan dalam memimpin masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, urus setia serta peserta yang telah menjayakan program ini.
 

ceramah 2
 Forum 1 forum 2 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar