05:39
05:49
01:14
04:39
07:23
08:38

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Proses Kerja Sumber Manusia

Melibatkan aktiviti, prosedur dan dokumen-dokumen yang perlu ada dalam peraturan Pengurusan Sumber Manusia.

AKTIVITI : PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN  
1)    Seseorang pegawai dalam percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perkhidmatan adalah layak bagi pengesahan dalam perkhidmatannya.
2)    Pengesahan seseorang pegawai dalam jawatannya disertai dengan dokumen-dokumen berikut:-
i)             Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
iii)           Jadual Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Peraturan 27)
iv)           Jadual Kelima – Borang Opsyen bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut subseksyen  6A1 Akta Pencen 1980 (Peraturan 35)
iv)           Maklumat Kursus Induksi Khusus dan Umum
v)            Maklumat peperiksaan subjek Jabatan/Perkhidmatan 


 AKTIVITI : PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN  
1)    Seseorang pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan dalam tempoh (3)tiga bulan selepas tamat tempoh percubaan.
2)    Pelanjutan tempoh percubaan hendaklah disertakan dokmen –dokumen berikut:
i)             Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini
ii)            Permohonan pegawai yang membuat pelanjutan tempoh percubaan
iii)           Jadual Keempat – Borang perakuan pelanjutan tempoh percubaan (subperaturan 28(4)
iv)           Maklumat kursus dan peperiksaan 


 AKTIVITI : PEMBERIAN TARAF BERPENCEN 
1)    Seseorang pegawai yang tidak memilih Skim Kumpulan Simpanan Pekerja layak diberi taraf berpencen mengikut Akta Pencen 1980.2)    Apabila seseorang pegawai layak untuk taraf berpencen, ketua Jabatan pegawai itu hendaklah memgemukakan dokumen-dokumen :
i)             Borang Jadual Kelima – Borang Opsyen bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut Peraturan 35 subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980
ii)            Borang Jadual Keeenam – Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (Peraturan 36)   


AKTIVITI: PEMANGKUAN  / KENAIKAN PANGKAT 
1. Apabila seseorang itu dicalonkan untuk pemangkuan / kenaikan pangkat, dokumen yang perlu dikemukakan ialah:
 i.              LNPT (3 tahun ke belakang)
ii.            Salinan Kenyataan Perkhidmatan
iii.           Butir-butir Calon Untuk Tapisan Keutuhan
iv.           Surat Kelulusan Perisytiharan Harta
v.            Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institut / Tabung Pendidikan
vi.           Perakuan Pengesahan Ketua Jabatan
vii.          Laporan Penilaian Prestasi Khas  


AKTIVITI : PEMANGKUAN KERJA 
1.Dokumen yang perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus
 i.            Perakuan Penanggungan Kerja (Lampiran F)                   
ii.            Surat Arahan Penanggungan Kerja                  
iii.            Senarai Tugas  Pegawai Yang Ditanggung                  
iv.            Senarai Tugas Pegawai Yang Menanggung                   
v.            Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Dikemaskini                
vi.            Carta Organisasi Yang Menunjukkan Di Mana Kekosongan Berlaku.


AKTIVITI : PENCEN 
1. Urusan persaraan wajib adalah kerana mencapai umur 55/56 tahun. Dokumen-dokumen perlu dikemukakan 6 bulan sebelum bersara:
i.    Surat penyelesaian cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (jika berkenaan)                   
ii.     Surat pembayaran balik pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian kewangan ( jika berkenaan) 
1. Setelah dokumen diatas diperolehi bolehlah kemukakan bersama-sama dokumen berikut ke Jabatan Perkhidmatan Awam, 3 bulan sebelum persaraan:
 i.    Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara.                   
 ii.    Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan                  
iii.    Borang JPA.BP.UMUM.B01- Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang                  
iv.    Borang JPA.BP.UMUM.B02-  Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan pencen 1980 (jika berkenaan)                   
v.    Borang JPA.BP.SPPP.B04-  Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan.                  
vi.    Salinan kenyataan perkhidmatan  dan kenyataan cuti                 
vii.    Salinan sijil nikah               
viii.    Salinan kad pengenalan anggota dan suami / isteri                  
ix.    Salinan sijil kelahiran anak dibawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat                   
x.    Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank.


AKTIVITI : PENCEN

1.  Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun boleh memohon persaraan pilihan. Tempoh perkhidmatan yang boleh     dimasukkira tidak kurang daripada 10 tahun  adalah diperlukan bagi membolehkan faedah persaraan diberi kepada anggota tersebut. Ganjaran perkhidmatan layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang-undang pencen.

    2.   Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:
i.    Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara        
ii.    Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan                  
iii.    Borang JPA.BP.UMUM.B01- Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang                  
iv.    Borang JPA.BP.UMUM.B02-  Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan pencen 1980 (jika berkenaan)                   
 v.    Borang JPA.BP.SPPP.B04 -  Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan.
vi.    Salinan kenyataan perkhidmatan  dan kenyataan cuti                 
vii.    Salinan sijil nikah 
viii.    Salinan kad pengenalan anggota dan suami / isteri                  
ix.    Salinan sijil kelahiran anak dibawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat                   
x.    Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank.                  
xi.    Surat permohonan persaraan pilihan daripada pegawai
 


Cetak   Emel