Cawangan Labuan

PENGENALAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan pada 16 April 1984 dan mempunyai 7 cawangan iaitu:

  • Cawangan Khidmat Pengurusan

  • Cawangan Penguatkuasaan

  • Cawangan  Pelajaran

  • Cawangan Pengurusan Masjid

  • Cawangan Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga

  • Cawangan Pengurusan Dakwah

  • Cawangan Penyelidikan

 

FUNGSI

CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Mengurus Kewangan Jabatan.
  • Mengurus Perolehan Jabatan.
  • Mengurus Hal-Ehwal Pentadbiran.
  • Mengurus Pembangunan Sumber Manusia.

CAWANGAN PENGUATKUASAAN

  • Berusaha memenuhi kehendak pelanggan melalui sistem penggunaan yang telus, cekap, berhikmah, berani, berkesabaran tinggi dan berbudi bahasa.
  • Berusaha memberi kefahaman yang tinggi kepada anggota bahagian dan masyarakat bahawa penguatkuasaan undang-undang hanyalah sebahagian kecil dari cabang-cabang tugas mencegah kemungkaran.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dengan penuh bertanggungjawab, efisien,cepat, cekap dan betul mengikut proseduur yang ditetapkan.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap dan telus terhadap semua permasalahan yang melibatkan kepentingan agama Islam dan orang melayu di Wilayah Persekutuan.

CAWANGAN PELAJARAN

  • Merancang dan mengurus sistem pengurusan dan pentadbiran Sekolah Rendah Agama Islam (SRA).
  • Mengurus dan menyelaras penempatan guru-guru SRA dan KAFA sepenuh masa.
  • Merancang, mengurus, dan menyelaras aktiviti-aktiviti tahunan sekolah.
  • Mengurus dan menyelaras permohonan atau terimaan bantuan baik pulih, peralatan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).
  • Merancang dan menyelaras pembangunan fizikal/ infrastruktur sekolah atau perancangan pembinaan sekolah/ bangunan baru.
  • Mengurus dan menyelaras Laporan Pengurusan Sekolah dan Laporan Kewangan Mengurus dan memproses permohonan penubuhan dan pendaftaran SRA dan KAFA.

CAWANGAN PENGURUSAN MASJID

  • Mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran masjid dan surau.
  • Melahirkan masyarakat yang menghormati, menghayati dan menyintai masjid dan surau.
  • Melahirkan para pegawai dan kakitangan masjid dan surau yang terlatih dan bermaklumat.
  • Mempertingkatkan tahap kebersihan dan keceriaan masjid dan surau.
  • Mempertingkatkan tahap pengurusan dan pentadbiran tanah perkuburan.

CAWANGAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

  • Memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dalam urusan pernikahan, perceraian dan ruju'.
  • Memberi khidmat nasihat yang berkesan dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.
  • Untuk memperkukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam bagi menghadapi alaf baru selaras dengan tuntutan agama.

CAWANGAN PENGURUSAN DAKWAH

  • Melaksanakan dan bertanggungjawab menyebar dan memantapkan ajaran Islam kepada masyarakat dari segi akidah, ssyariah dan akhlak.
  • Merangka, merancang dan melaksanakan program turun padang atau lawatan ke rumah saudara baru Islam.
  • Merangka, merancang dan melaksanakan program Hari Kebesaran Islam.

CAWANGAN PENYELIDIKAN

  • Memproses permohonan pengesahan samak.
  • Memproses permohonan kebenaran menyembelih dan pemantauan pusat penyembelihan.
  • Menyediakan perkhidmatan pelupusan Al-Quran dan buku-buku agama yang lama.
  • Memantau aktiviti keagamaan dan isu-isu akidah.
  • Mengurus pelupusan teks Al-Quran.
  • Mengkaji dan menapis bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yang disyaki bercanggah dengan ajaran Islam/ Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

 

PERKHIDMATAN

  • Menyediakan tempat ibadah yang selesa.

  • Menyediakan tempat pendidikan Islam kepada kanak- kanak berumur 12 tahun melalui Tadika Islam dan Sekolah Rendah Agama Islam (SRA)

  • Menyediakan imam jurunikah yang bertauliah bagi setiap zon

  • Menyediakan pendaftar perkahwinan, penceraian dan ruju'

  • Menyediakan perkhidmatan pegawai rundingcara dan masalah keluarga

  • Menyediakan pendaftaran saudara baru

  • Menyediakan kelas- kelas pengajian tarannum

  • Menyediakan perkhidmatan kereta jenazah

  • Menyediakan kelas- kelas pengajian tarannum dan kafa

  • Menyediakan khidmat kelas pengajian saudara baru.

 

Aktiviti