05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:36
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
Image

PERUTUSAN PENGARAH JAWI

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan penghargaan atas kesudian semua pihak yang berkunjung ke laman sesawang rasmi jabatan ini.

Seiring dengan perkembangan globalisasi dan arus digitalisasi, JAWI sebagai salah sebuah agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) berusaha untuk memanfaatkan laman sesawang ini sebagai platform penyampaian maklumat yang menarik dan berkesan kepada segenap lapisan masyarakat.

Selain memaparkan maklumat-maklumat berkaitan JAWI, laman sesawang ini juga diintegrasikan dengan beberapa komponen media sosial rasmi jabatan seperti Facebook: (https://www.facebook.com/JAWIWP/), Instagram:  (https://www.instagram.com/jawi_kl/), Twitter: (https://twitter.com/myJAWIKL), dan Youtube:  (https://www.youtube.com/user/myJAWIKL/).

Kami mengharapkan agar segala maklumat yang dipaparkan dapat memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab serta usaha–usaha yang dilaksanakan oleh JAWI dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan laman sesawang ini dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

 

Sekian, terima kasih.

 

YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail

Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan