Imsak
5.37
|
 Subuh
5.47
|
 Syuruk
7.02
|
Zohor
1.09
|
Asar
4.14
|
Maghrib
7.11
|
Isyak
8.20

Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam

 Pengenalan

Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.

Cawangan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-

  1. Unit Rundingcara Keluarga 
  2. Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)

 Fungsi Cawangan

  1. Memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.
  2. Membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh pasangan-pasangan yang berkahwin. 
  3. Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan rasmi / kes-kes berdaftar.
  4. Mengadakan sesi rundingcara dan bimbingan kepada pengaduan kes masalah rumahtangga bagi aduan secara hotline atau kes pandangan.
  5. Menyediakan laporan kes rundingcara untuk di kemukakan ke Mahkamah Syariah.
  6. Menjadi Urusetia kepada aktiviti yang dijalankan oleh Unit.
  7. Pengendalian Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Mahkamah Syariah.
  8. Urusetia pengendalian seminar pemantapan keluarga.
  9. Merancang serta menyelaras perkhidmatan Pusat Pembangunan Keluarga Islam berdasarkan modul-modul yang ditetapkan.
  10. Merancang dan menyediakan kursus/bengkel/ forum berkaitan dengan permasalahan masyarakat di Pusat-pusat Khidmat Sosial.
  11. Menyelaras dan menyelia tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan Pusat pembangunan   Keluarga Islam.
  12. Menyelaras program-program dengan agensi luar.
  13. Menjalankan pemantauan keatas Pusat-Pusat Khidmat Sosial.
  14. Bertanggungjawab terhadap Pusat-pusat Kursus Pra-Perkahwinan yang dilantik.

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com