Imsak
5.40
|
 Subuh
5.50
|
 Syuruk
7.10
|
Zohor
1.12
|
Asar
4.34
|
Maghrib
7.08
|
Isyak
8.23

FORUM PENGHAYATAN ISLAM OKU

alt

Pada 9 Jun 2013M/ 30 Rejab 1434H (Ahad),  Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia ( PRISMA ) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD)Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur ( KOPIKL) telah menganjurkan FORUM PENGHAYATAN ISLAM OKU 2013. Program telah dihadiri seramai 130 orang di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Cacat Pendengaran dan anak-anak OKU Pekak. 

Acara yang dimulakan jam 9.30 pagi ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg. En.Aqlam bin Jafri, YDP PRISMA seterusnya ucapan perasmian oleh Ybhg. Us. Azizah bt Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.
 
Forum yang bertajuk  “HUBUNGAN SOLAT DAN AQIDAH" yang bermula jam 10.30 pagi dibarisi oleh ahli panel: Ybhg. Us. Halim bin Hj. Saad yang merupakan Penceramah bebas, Ustaz Aqlam bin Jafri selaku YDP Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia ( PRISMA) dan Ustaz Mohd Azhar bin IsmailPresiden Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur. Moderator forum pula dikendalikan oleh Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Ayus dari Bahagian Agama dan Kaunseling ( BAKA ), IPK Kuala Lumpur.

Antara yang dikongsi, peserta diberi ingatan bahawa melalui solat akan menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba Allah, memantapkan kenyakinan manusia kepada Allah – beriman dengan qada’ dan qadar, memperbaharui syahadah agar iman sentiasa terpelihara, solat sebagai suatu bentuk pengabdian dan ia juga merupakan santapan bagi aqidah keimanan kepada Allah yang berterusan dalam hati setiap hambaNya. Sesungguhnya solat sebagi tiang agama, merupakan ibadat pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Ia bukan sekadar amalan rutin yang perlu kita tunaikan 5 sehari tapi perlu kita mantap dan perkasakan setiap inci dari sehari 

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com