05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 1147

 

23 Julai 2017M /29 Syawal 1438H (Ahad) - JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau An-Najah Presint 9 Putrajaya telah mengadakan Majlis Tautan Aidilfitri Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di perkarangan Surau An-Najah, Jalan P9A Presint 9 Putrajaya.

Majlis yang bertemakan “Kemenangan Dirai, Syawal Disyukuri” ini diserikan dengan sajian pelbagai menu daripada 14 gerai Surau Jumaat Putrajaya dan antara menu yang menarik perhatian para pengunjung ialah kambing golek, sate, bakso dan durian.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan lagu-lagu raya oleh kumpulan nasyid Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya. Pertandingan gerai tercantik turut diadakan yang mana gerai Surau Al-Munawwarah Presint 5 dinobatkan sebagai gerai terbaik. Tempat kedua dimenangi oleh gerai Surau An-Najah Presint 9 manakala tempat ketiga dimenangi oleh gerai Surau Putra Al-Amin Presint 8. Turut berlangsung dalam majis ini ialah sesi pemeriksaan kesihatan percuma kepada para tetamu dan urus setia yang terlibat.

Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah  JAWI manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nordin bin Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya mewakili Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya.

IMG 1281 IMG 1161
IMG 1307 IMG 1351
 IMG 1406  IMG 1147


Disediakan oleh,


JAWI Cawangan Putrajaya

 


Cetak   Emel