Merancang, menyelaras dan menyediakan laporan/ kajian/ penyelidikan berkaitan akidah, syariah, halal dan media bagi memelihara akidah umat Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan berdasarkan Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Menyediakan sistem maklumat strategik/ bank data/ profiling berkaitan individu/ pertubuhan yang berkaitan dengan akidah, syariah, halal dan media.
Mengurus operasi, memproses permohonan dan melaksanakan pelupusan teks al-Quran
Memproses pengeluaran surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Tenaga Pengajar Bukan Warganegara.
Melaksanakan pengumpulan maklumat, pemantauan lapangan, pelaporan segera berdasarkan aduan dan arahan berkaitan isu akidah, syariah, halal dan media.
Menjalankan kajian dan penapisan media baharu, bahan-bahan penerbitan dan bahan gunaan berunsur Islam yang meragukan.
Mengurus pentauliahan dan pemantauan terhadap penyembelih bertauliah di Wilayah Persekutuan.