05:43
05:53
01:06
04:16
07:07
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Surau Bergerak JAWI

 

surau

 

Surau Bergerak JAWI merupakan sebuah bas yang diubah suai menjadi surau hasil inisiatif bersama antara JAWI dan Bank Rakyat semenjak tahun 2018. Surau Bergerak tersebut mampu menampung kapasiti seramai 35 orang jemaah dalam satu-satu masa bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk menunaikan solat ketika menghadiri sebarang acara yang dianjurkan di kawasan padang atau dataran yang luas.Surau Bergerak JAWI merupakan sebuah bas yang diubah suai menjadi surau hasil inisiatif bersama antara JAWI dan Bank Rakyat semenjak tahun 2018. Surau Bergerak tersebut mampu menampung kapasiti seramai 35 orang jemaah dalam satu-satu masa bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk menunaikan solat ketika menghadiri sebarang acara yang dianjurkan di kawasan padang atau dataran yang luas.

Bahagian penumpang bas berkenaan diubah suai menjadi ruang solat yang selesa dengan kemudahan seperti karpet, sejadah, telekung, penyaman udara, dan pembesar suara. Manakala tempat penyimpanan barang pula diubah suai sebagai tempat bekalan air dan paip untuk mengambil wuduk.
Dengan kemudahan Surau Bergerak ini, ibadah solat dapat dilaksanakan dengan tenang dan selesa dalam apa jua keadaan cuaca serta mudah untuk bergerak ke lokasi yang diperlukan serta ditempatkan di padang, dataran atau tempat letak kenderaan.


Hubungi talian 03-2274 933 (Bahagian Pengurusan Masjid) untuk maklumat lanjut.

 


Cetak   Emel