05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Pendakwaan-Lain2

Objektif & Piagam Pelanggan

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti pendakwaan dengan memastikan elemen pertuduhan dan siasatan kes lengkap sehingga mencapai tahap prima facie kes.
  • Bekerjasama dalam membantu Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  • Melaksanakan prosedur pendakwaan jenayah Syariah dengan lebih tersusun berlandaskan Hukum Syarak dan undang-undang bertulis.
  • Bertindak sebagai Agen pembasmi kepada masalah sosial masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perundangan dan pendakwaan di kalangan pengawai dan kakitangan.
  • Berusaha menyebarkan maklumat dan kefahaman tentang undang-undang jenayah Syariah kepada masyarakat.
  • Mengembleng tenaga kerja yang cekap dan efektif menerusi semangat kerja berpasukan. 

 

PIAGAM PELANGGAN

Melaksanakan prosedur dan memastikan perjalanan prosedur pendakwaan jenayah Syariah berjalan dengan lebih tersusun bermula dari penerimaan fail siasatan sehingga pertuduhan difailkan ke Mahkamah dalam tempoh 3 bulan.

Tanggungjawab

  • Menjalankan tugas-tugas pendakwaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan Syariah di bawah Undang-Undang Islam yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

  • Bertanggungjawab membantu Hakim Syarie dalam membuat keputusan dan hukuman yang adil.

 

AKTIVITI

  • Menerima dan menyemak fail kes yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

  • Menyediakan dokumen-dokumen pendakwaan seperti pertuduhan, fakta kes dan lain-lain perkara yang berkaitan.