05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Pengurusan Masjid

Pengurusan Kariah

PROGRAM JAULAH ILMU ZIARAH ULAMA 2017 SIRI II

 

JAULAH 1

JUMAAT, 8 September 2017 - Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain Pemuda Masjid Al-Hidayah menganjurkan Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama 2017 Siri II. Pada peringkat permulaan, program ini dirancang untuk menziarah Ulama-ulama dan makam orang soleh yang berada di beberapa kawasan Johor, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.

Objektif Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini diadakan ialah Membawa anak muda menghayati permusafiran yang dipenuhi dengan suasana Ilmu, zikrullah dan amalan-amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, membawa n anak muda mengenali para Ulama dan melihat secara langsung corak kehidupan mereka seterusnya menjadikan mereka contoh tauladan dalam kehidupan. Dan Mewujudkan rasa rindu serta cinta terhadap Ilmu dan Alim Ulama’, dalam yang sama mendapatkan nasihat dan peringatan daripada mereka.

Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini bermula pada selepas asar Jumaat dan selamat pulang ke Masjid Al-Hidayah pada Sabtu jam 12.30am. Hasil daripada program ini ialah :-

Hari Pertama : Jumaat
- Bertemu dengan Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri di Batu Pahat, Johor seterusnya menerima nasihat-nasihat bekalan akhirat dan Ijazah pemakaian Sunnah Baginda Nabi S.A.W iaitu Rida'.

Hari Kedua : Sabtu
- Menziarah perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Tempat dimakamkan orang Soleh iaitu Habib Ali bin Jaafar Al'ydrus. Semasa hayatnya beliau dibeberapa kali dikunjungi oleh beberapa ulama besar seperti Sayyid Muhammad b. Alawi Al Maliki Al Makki dan lain-lain.
- Berkesempatan bersama Majlis Haul Habib Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas ke 25, Pengasas Majlis Zikir AsmaulHusna JB. Dan Slot Khas bersama Habib Umar Bin Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas.
- Pertemuan dan Taklimat “Strategi Dakwah ARG dalam memperkukuhkan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah di kalangan Masyarakat" bersama Ahli Sunnah Research Group Johor Bharu.
- Mengikuti Kelas Pengajian Kitab "Iktikad ASWJ" anjuran ARG Johor, bersama Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Dataran Hajah Rogayah, Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.

Hari Ketiga :
- 10 orang peserta menziarah Maqam Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habsyi & Habib Abdurrahman Al-Habsyi di Masjid Haji Soleh, Singapura. Kemudian menziarah Al-Habib Syed Hassan Bin Muhammad Al-Attas (Imam Masjid Ba’'alawi ) & Habib Ja’afar Al-Kaff (Tetamu dari Jakarta) di Masjid Ba’'alawi, Singapura.
- 5 Orang peserta mengikut “Seminar Pemahaman Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah” disampaikan oleh Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Madrasah Tahfiz Al-Mustofa. Kemudian menziarah Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Seramai 13 orang pemuda dan 2 orang remaja dari Jemaah Masjid Al-Hidayah dan sekitarnya yang menyertai Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini. Program ini mendapat sumbangan dan kerjasama daripada daripada beberapa pihak antaranyan ABS Catering, Alya Jaya Catering dan beberapa individu lagi. Masjid As-Syakirin KLCC juga turut menyumbangkan pengguna Van Komuniti Masjid bagi tujuan tersebut. In Sya Allah, Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Siri III akan diaturkan untuk masa akan datang.

Sekian.

Disediakan oleh :

NAQIB / K.IMAM
Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Kariah (BPK) merupakan sebuah bahagian yang baru diwujudkan oleh pihak JAWI. Sebelum ini, BPK merupakan sebuah unit dalam Bahagian Dakwah yang dikenali sebagai Unit Kariah. Selaras dengan perkembangan peranan dan fungsi Unit Kariah, pihak pengurusan JAWI telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Unit Kariah sebagai bahagian. Secara rasminya, BPK telah diluluskan penubuhannya berdasarkan kelulusan jawatan yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Disember 2007.

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran masjid dan surau
  2. Melahirkan masyarakat yang menghormati, menghayati dan menyintai masjid dan surau
  3. Melahirkan para pegawai dan kakitangan masjid dan surau yang terlatih dan bermaklumat
  4. Mempertingkatkan tahap kebersihan dan kecerian masjid dan surau

 

FUNGSI

  1. Mengurus pentadbiran masjid dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  2. Menyelia keceriaan dan kebersihan masjid serta surau.
  3. Menyelaras permohonan pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan masjid serta surau.
  4. Menyelaras program-program pengimarahan dan takmir masjid dan surau.
  5. Menyelaras pengurusan tanah perkuburan Islam.
  6. Menerbitkan teks khutbah Jumaat dan khutbah multimedia.
  7. Memproses perlantikan dan pentauliahan Imam Ratib , Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
  8. Menyelaras latihan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
  9. Memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid.
  10. Menguruskan perasmian masjid dan lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke masjid.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN KARIAH TERDIRI DARIPADA 4 CAWANGAN :