Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Siri 1/2015
20 MAC 2015 | 29 JAMADILAWAL 1436H (JUMAAT) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 1/2015 bertempat di Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.
Program ini dihadiri 85 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) di Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan:-
- Memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai 3 aspek penting agama iaitu aqidah, syariah dan akhlak;
- Membentuk intelektual dan keperibadian yang tinggi di kalangan penjawat awam dan dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang cemerlang; dan
- Memberi panduan kepada penjawat awam dalam menyelesaikan permasalahan sosial dan displin yang timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan agama.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zainuri bin Mohd Rawi, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan ceramah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Ceramah yang disampaikan bertajuk Pendidikan Sepanjang Hayat. Antara intipati ceramah adalah membincangkan berkaitan dengan kepentingan pendidikan/menuntut ilmu dalam Islam, sifat-sifat ilmu, adab-adab menuntut ilmu dan cabaran pendidikan masa kini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk siri berikutnya akan diadakan seperti butiran di bawah:-
SIRI |
PENCERAMAH |
TAJUK |
TARIKH |
MASA |
SIRI 2 |
Us. Hazaruddin Bin Baharuddin |
Amar Maaruf Nahi Munkar Sebagai Teras Kepada Kemantapan Dan Kekuatan Diri Sendiri Serta Organisasi |
24/04/15 |
9:00-11:00 Pg |
SIRI 3 |
Us. Hj. Pahrol Bin Mohamad Juoi |
Institusi Keluarga Bahagia Ke Arah Kecemerlangan PRESTASI KERJA |
22/05/15 |
9:00-11:00 Pg |
SIRI 4 |
Prof. Madya Dr. Anisah Binti Ab. Ghani |
Fiqh Kontemporori |
24/07/15 |
9:00-11:00 Pg |
Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta khususnya dalam memupuk budaya mencari ilmu agama di kalangan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI