SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH OKU CACAT PENDENGARAN 2014
SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH OKU CACAT PENDENGARAN 2014 28 September 2014/ 03 Zulhijjah 1435H - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL) telah menganjurkan SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH OKU CACAT PENDENGARAN 2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada golongan Orang Kurang Upata Cacat Pendengaran telah menghadiri seminar tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk:-
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Baharuddin, AJK KOPIKL seterusnya ucapan aluan oleh En. Nik Firdaus bin Hj. Nik Salleh, Presiden Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL). Slot pertama telah dimulakan dengan ceramah bertajuk "Mengenal Pencipta" oleh Ustazah Husna Bt Junaibi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang telah mengupas tentang sifat-sifat Allah dan Nama-nama Allah serta Keimanan Kepada Ilahi serta mengesakan Allah SWT. Slot kedua pula disampaikan oleh Ustazah Mazliza Suriayana Bt Dollah, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang telah menceritakan tentang “Aqidah seorang Muslim dan Permasalahan Sosial". Beliau telah mengupas berkenaan konsep Allah sebagai Pencipta, pengabdian sebagai seorang muslim, cara untuk memantapkan aqidah perkara-perkara yang boleh merosakan aqidah, serta impak kekurangan iman akan menjerumus seseorang terhadap perilaku sosial yang negatif. Keberkesanan program ini adalah:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |