Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang
Seminar ini dianjurkan bagi memberi penerapan nilai-nilai Islam yang wajar dipraktikkan dalam kehidupan kepada golongan anak-anak kecil serta membudayakan anak-anak dengan kehidupan berlandaskan akhlak mulia agar menjadi anak soleh dan cemerlang di samping meningkatkan mutu bacaan al-Quran dan ibadah solat dalam diri anak-anak. Program ini telah menyediakan dua slot ceramah iaitu Ceramah 1 : ‘Mutiara Kalamullah’ yang disampaikan oleh Ustaz Kamal Amir Bin Osman, Imam Masjid Al-Ghufran Pinggir TTDI dan Ceramah 2 : ‘Solat Memelihara Akhlak’ oleh Ustaz Ahmad Ashraf Bin Mat Ali, Guru Bahasa Arab, Sek. Men. Agama Tinggi Ar-Rahman. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Mohamad Rais Bin Rasid, Ketua Penolong Pengarah (Rundingcara) BPPK, Cawangan Rundingan dan Pembangunan Keluarga Islam. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 5564