05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


16 Ogos 2011 (Selasa) – Pusat Pentadbiran Zon 3 (Masjid dan Surau), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Iftar Dan Sambutan Nuzul Al-Quran Serta Penyampaian Bantuan Aktiviti Pengimarahan Masjid Dan Surau Peringkat Zon 3 bertempat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah islamiyyah antara pihak JAWI bersama ahli-ahli jawatankuasa Masjid dan Surau sekitar Zon 3 serta YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP yang juga telah merasmikan Majlis Iftar Dan Sambutan Nuzul Al-Quran ini, di samping menyampaikan bantuan aktiviti pengimarahan kepada masjid dan surau di bawah zon 3 ini.

Datuk Pengarah JAWI berucap dalam ucapannya, “berharap semua masjid, surau jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan dapat mengambil manfaat daripada peruntukan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan pengimarahan dan pembangunan umat Islam dari segenap aspek sama ada fizikal, spiritual, mental mahupun emosi.”

Majlis Penyampaian Bantuan Aktiviti Pengimarahan Masjid Dan Surau Peringkat Zon 3 dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan Doa oleh YBhg. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ali, Juara Akademi Al-Quran Musim Ke-4 dan diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan Program Imam Muda Qaryah (IMQ) Zon 3.

Antara senarai Masjid yang mendapat bantuan ialah, Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Masjid Jamek Kampung Baru Jalan Raja Alang, Masjid Jamek Bandaraya Jalan Tun Perak, Masjid Bukit Aman Jalan Cenderasari, Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan dan Masjid Jamek Alam Shah Jalan Tun Razak/Jalan Pasar.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Md. Nor Bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri dan YBhg. Tuan Haji Hashim Bin Haji Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI.
 
    
 
    
 
    
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria