05:50
Imsak
06:00
Subuh
13:23
Zohor
16:45
Asar
19:30
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

26 Mac 2011 (Ahad) - Cawangan Penguatkuasaan dengan kerjasama Cawangan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam W.P Labuan telah menganjurkan Program Kenali Akta dan Majlis Pelancaran Kembara 559 bertempat di Dewan Syura Masjid Jamek An-Nur W.P Labuan.

Tujuan Program:

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
  • Mewujudkan jaringan hubungan dan kerjasama yang erat dengan agensi-agensi luar dalam merealisasikan matlamat pencegahan jenayah syariah.
  • Menjelaskan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam W.P Labuan dalam menjalankan pencegahan,penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan jenayah syariah.

Program tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan, sekolah-sekolah, kampung-kampung dan jawatankuasa masjid serta surau di W.P Labuan. Perasmian program telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Yunus bin Haji Kurus, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Program ini telah diisi dengan dua slot ceramah bertajuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah : Satu Pengenalan dan Mencegah Jenayah Syariah Tanggungjawab Bersama. Slot pertama telah disampaikan oleh Tuan Ibrahim bin Deris, Ketua Pendakwa Syarie JAWI manakala slot kedua pula telah disampaikan oleh Tuan Yaakob bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI. Turut diadakan juga pameran berkaitan Kesalahan Jenayah Syariah dan edaran pamplet serta poster berkaitan kesalahan jenayah syariah kepada para peserta.

Pada program tersebut juga, Cawangan Penguatkuasaan telah mengadakan pelancaran Kembara 559. Menerusi Kembara 559, pelbagai aktiviti pencegahan kesalahan jenayah syariah telah disusun antaranya ialah menyampaikan taklimat kefahaman akta di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi, pameran kesalahan jenayah syariah, mengedar pamplet dan poster kesalahan jenayah syariah, rondaan dan pemantauan dan juga memberi kaunseling serta khimat nasihat kepada golongan sasar. Adalah menjadi harapan Jabatan Agama Islam W.P Labuan melalui aktiviti-aktviti yang telah dirancang tersebut, agar kesalahan jenayah syariah di kalangan masyarakat Islam Labuan dapat dibendung dan dibanteras, seterusnya merealisasikan matlamat mencapai kehidupan yang maju dan sejahtera.

"Ilimu Yang Diamalkan"

Text : Cawangan Penguatkuasaan JAWI W.P Labuan