05:50
Imsak
06:00
Subuh
13:23
Zohor
16:45
Asar
19:30
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

19-20 Mac 2011 (Selasa) - Dengan kerjasama diantara Pusat Zon 8 dan Unit Kariah JAWI Labuan, kursus Pentadbiran Dan Pengurusan  Masjid & Surau Jumaat Peringkat W.P Labuan. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Layang-Layangan. Kursus selama dua hari ini telah dihadiri oleh ahli dan wakil jawatankuasa Masjid & Surau Jumaat di seluruh W.P Labuan. Perasmian kursus ini disempurnakan oleh YB Datuk Yussof bin Haji Mahal, Ahli Parlimen W.P Labuan sementara majlis penutupan di rasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Saad.

Perkongsian idea dan pengalaman pengurusan dan pentadbiran masjid yang disampaikan oleh Timb.Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Negeri Sabah, Tuan Haji Ahmad bin Jamil telah memberikan peserta-peserta Kursus beberapa idea, Pandangan dan pengetahuan baru dalam bidang pengurusan dan pentadbiran masjid. aktiviti bengkel yang turut mengisi slot kursus ini telah menghasilkan beberapa resolusi dan pandangan dalam memajukan lagi pengurusan dan pentadbiran Masjid & Surau Jumaat di W.P Labuan.

"Marilah Menuju Kejayaan"

Text : Unit Kariah, JAWI Cawangan W.P Labuan