05:49
Subuh
07:26
Dhuha
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MULTAQA ILMIAH KUPAS ISU LGBTQ, TEKANKAN PERANAN DAKWAH DAN PENDEKATAN BERHIKMAH

WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.41 AM 2

20 MEI 2025 | 15 ZULKAEDAH 1446H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Multaqa Ilmiah Siri 1 bertemakan “Isu LGBTQ: Cabaran dan Tanggung jawab Umat Islam”, bertempat di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, KL.

Program ini menghimpunkan 80 orang peserta yang terdiri daripada guru takmir, pegawai masjid serta pegawai-pegawai JAWI. Objektif program bagi siri kali ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai isu LGBT dan gender ketiga dari sudut agama, undang-undang, kesihatan serta hak asasi manusia, di samping memperkukuh pendekatan dakwah dalam menangani gejala sosial tersebut.

Menariknya, kedua-dua pembentang turut berkongsi pengalaman langsung mereka dalam mengendalikan individu daripada kelompok LGBT, termasuk cabaran dakwah, kaunseling dan proses pemulihan Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi bin Mahmood, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM dengan tajuk “LGBTQ Menurut Perspektif Islam”. Beliau menekankan kepentingan memahami latar belakang psikososial golongan ini dan pentingnya dakwah yang bersifat mendidik, bukan menghukum, selari dengan prinsip kasih sayang dan hikmah dalam Islam.

Slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, JAKIM yang membawakan tajuk “Implikasi Gender Ketiga terhadap Aspek Hak Asasi, Agama, Sosial, Undang-undang dan Kesihatan di Malaysia”. Beliau turut berkongsi pengalaman dalam merangka dasar dan mengendalikan kes-kes melibatkan transgender serta bagaimana penyelarasan antara dasar awam dan prinsip syariah perlu dilakukan secara sensitif dan berhikmah.

Program ini menandakan komitmen berterusan JAWI dalam mempersiapkan barisan hadapan institusi agama untuk berperanan secara efektif dalam membentuk masyarakat yang sejahtera dan berakhlak mulia. Para peserta perlu memperkasakan peranan masing-masing sebagai pembimbing masyarakat, khususnya dalam menangani isu LGBT dan isu sosial dengan pendekatan yang menyantuni, namun tetap tegas dengan prinsip Islam.

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.41 AM 3 WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.41 AM 2
WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.41 AM WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.40 AM
WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.42 AM 1 WhatsApp Image 2025 05 21 at 10.34.42 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar