KUNJUNGAN HORMAT JAKIM SARAWAK KE 'ILAJ HOME JAWI
15 MEI 2025M | 17 ZULKAEDAH 1446H (KHAMIS) - Cawangan 'Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Tuan Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak.
Delegasi tersebut turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI dan disambut oleh YBrs. Tuan Muhammad Shahrin @ Sharin bin Zulkiply, Ketua Penolong Pengarah Cawangan 'Ilaj Home.
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan maklumat dan informasi mengenai perkhidmatan yang disediakan di 'Ilaj Home serta memberi sokongan moral dan pengiktirafan terhadap pihak JAWI.
Sesi taklimat ringkas dilaksanakan kepada delegasi berhubung pengoperasian 'Ilaj Home telah disampaikan oleh YBrs. Puan Mazliza Suriayana binti Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan 'Ilaj Home dan kemudiannya disusuli dengan sesi lawatan tapak di premis berkenaan. Diharapkan usaha melalui sinergi antara JAWI dan JAKIM Sarawak dapat meningkatkan kredibiliti 'Ilaj Home di samping mempromosikan 'Ilaj Home sebagai pusat perlindungan, rawatan dan pemulihan pesakit HIV/ AIDS muslim.
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan