CALON JURUNIKAH BAHARU DISARING DALAM SESI TEMUDUGA PPNCR WILAYAH PERSEKUTUAN
8 Mei 2025 I 10 Zulkaedah 1446 (Khamis) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) telah mengadakan sesi Temuduga Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Kuala Lumpur.
Seramai 13 calon telah terlibat dalam sesi temuduga pada kali ini yang terdiri daripada pegawai dan imam masjid yang berkelayakan. Calon-calon yang berjaya akan dilantik sebagai PPNCR bagi membantu urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ di kariah masjid yang ditetapkan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 28, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].
Dalam sesi temuduga ini, calon-calon dinilai dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut bacaan al-Quran, pemahaman Akta 303, fiqh munakahat, pengetahuan am, keterampilan, komunikasi, integriti dan sebagainya.
Panel temuduga diketuai oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Panel lain yang terlibat iaitu Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Encik Mohammad Maliki bin Yaacob, Ketua Unit PPNCR, Cawangan Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) BPPK dan Encik Mohd Nizam bin Md Nor, Ketua Unit Nikah, Cawangan NCR, BPPK JAWI.
Mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang positif dalam usaha memantapkan urusan perkhidmatan JAWI, khususnya BPPK, buat masyarakat di Wilayah Persekutuan.
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)