05:51
Subuh
07:26
Dhuha
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN DI MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

WhatsApp Image 2025 05 07 at 2.38.54 PM

2 MEI 2025M | 4 ZULKAEDAH 1446H (JUMAAT) -Wilayah Persekutuan telah menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1446H/ 2025M yang berlangsung pada 27 April -2 Mei 2025 di Negeri Perlis baru-baru ini. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para peserta yang mewakili Wilayah Persekutuan iaitu Encik Muhammad Aildil bin Senin dan Puan Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi bagi Kategori Tilawah Al-Quran. Saudara Fatih Al-Qayyum bin Fadhil Noor dan Saudari Nurizazie binti Mohamad mewakili Hafazan Al-Quran Kategori 1-10 Juzuk, Saudara Asyraf Khan bin Razen Khan dan Saudari Ainin Saheela binti Anuar bagi Hafazan Al-Quran Kategori 1-20 Juzuk. Manakala Hafazan Al-Quran Kategori 1-30 Juzuk diwakili oleh Saudara Muhammad Izzul Afnan bin Sazali dan Saudari Zuha binti Zahran.

Pengarah dan semua warga JAWI mengucapkan syabas atas dua kejayaan yang dirangkul oleh peserta Wilayah Persekutuan iaitu Saudara Asyraf Khan bin Razen Khan bagi Hafazan Al-Quran Kategori 1-20 Juzuk telah mendapat tempat kedua dengan markah 95.45%. Manakala Saudara Muhammad Izzul Afnan bin Sazali bagi Kategori 1-30 Juzuk mendapat tempat ketiga dengan markah 96.65%. JAWI turut mengucapkan terima kasih kepada barisan pembimbing peserta di MTHQK 1446H/ 2025M iaitu Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani, Ustaz Sazali bin Yaacob dan Ustaz Muhammad Anuar bin Ghazali.

Tiga (3) orang daripada peserta kali ini adalah merupakan pelajar dan juga lepasan daripada Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Al-Quran Wilayah Persekutuan (SMISTA) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Mereka ialah Encik Muhammad Aidil bin Senin, Saudari Zuha binti Zahran yang merupakan alumni SMISTA. Manakala Fatih Al-Qayyum bin Fadhil Noor yang merupakan pelajar Tingkatan 4. Keterlibatan pelajar dari SMISTA ini turut mendapat liputan dari Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semasa majlis berlangsung.

Majlis Perasmian Penutup MTHQK yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis yang turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dan Tuan Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
WhatsApp Image 2025 05 07 at 2.38.54 PM 1 WhatsApp Image 2025 05 07 at 2.38.54 PM
WhatsApp Image 2025 05 07 at 2.38.56 PM WhatsApp Image 2025 05 07 at 2.38.55 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar