05:56
Subuh
07:30
Dhuha
13:15
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) SIRI 2/2025

491816053 1059777375966103 5827296095905337360 n

17 APRIL 2025M | 18 SYAWAL 1446H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah menganjurkan Program Ziarah Ramah Siri 2 bersempena Aidilfitri tahun 2025M/1446H. Program berbentuk Dakwah Bil Hal ini merupakan salah satu program strategik JAWI melalui kolaborasi strategik bersama institusi masjid dan juga hospital bagi merealisasikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Program menyantuni para pesakit telah dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya penyampaian sumbangan barangan keperluan diri serta sumbangan wang tunai di samping bertanya khabar dan diakhiri dengan kata-kata semangat kepada para pesakit. Menziarahi pesakit merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam sebagaimana Hadis Nabi SAW Tidakkah engkau tahu, si fulan hamba-Ku sakit, tetapi engkau tidak menjenguknya? Tidakkah engkau tahu bahawa jika engkau menjenguknya, nescaya engkau akan dapati Aku di sisinya?” [Hadis Riwayat Muslim, no. 2569].

Program ziarah kali ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI diiringi Puan Suraiti Binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Encik Mohd Faizul bin Mohd Razali, Penyelaras Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Rombongan JAWI telah disambut oleh Pihak Pengurusan PPUM yang diketuai oleh Encik Khairul Anuar bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pengurusan) PPUM dan Puan Chew Yee Yean, Timbalan Pengarah (Ikhtisas).

Seramai 50 orang pesakit telah disantuni dan menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral dan meringankan bebanan kepada para pesakit.
JAWI merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada PPUM. Semoga kolaborasi strategik seumpama ini berterusan dalam menyuburkan Islam di Wilayah Persekutuan.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
491331668 1059777545966086 7882534382933970386 n 491440750 1059777509299423 5279154934240973257 n
491725056 1059777705966070 3930622640565190872 n 492024494 1059777362632771 8465790180025477844 n
491846298 1059777399299434 3184632554764484574 n 491764572 1059777752632732 2759493487703705224 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar