05:59
Subuh
07:32
Dhuha
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI RAI AIDILFITRI BERSAMA OKU PENGLIHATAN

491033693 1056140662996441 6926499353569156444 n

12 APRIL 2025M / 13 SYAWAL 1446H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan di Kompleks MAB Brickfields Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh 150 orang peserta daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Majlis telah dimulakan dengan sesi pengisian rohani yang disampaikan oleh penceramah jemputan, YBrs. Ustaz Sabran Jamil yang bertajuk “Raya Cara Rasulullah SAW". Melalui perkongsian ilmu ini para peserta dapat memahami bahawa ramadan yang telah dilalui sebagai madrasah yang menghidupkan jiwa melalui amal ibadah kepada Allah yang Maha Esa sekaligus menjadi titik tolak kepada mujahadah untuk terus istiqamah walau ramadan telah melangkah pergi dan memasuki Syawal yang penuh dengan kemeriahan untuk dirai. Segala suruhan Allah perlu tetap dilaksanakan, manakala setiap larangan harus utuh dijauhi tanpa alasan.
 
Program seterusnya diakhiri dengan para peserta diraikan melalui juadah Hari Raya yang turut disertai oleh ahli keluarga. Program ini telah  dirasmikan oleh YBrs. Puan Suriati binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Sukarelawan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Kampar, Perak turut menyantuni para peserta. Semoga program ini dapat menjadi pemangkin kepada komuniti OKU  Penglihatan untuk terus mengeratkan silaturrahim sesama warga PERTIS dan menambahkan rasa kesyukuran dalam bulan yang mulia ini.
 
489999994 1056141546329686 1639616619232430945 n 490369432 1056141496329691 9162771136510232439 n
490985824 1056141192996388 7002604358720610652 n 490845987 1056141769662997 1292658544917733269 n
490776814 1056141306329710 601016993621339778 n 490113486 1056141029663071 9107690382764717807 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar