60 KELUARGA MUALLAF DISANTUNI MELALUI PROGRAM ZIARAH MAHABBAH DARI TEAM DAKWAH JAWI
23 MAC 2025M / 22 RAMADAN 1446H (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Perkim Cawangan Datuk Keramat dan Amaniah Mualaf Care Centre, Kepong (AMCC) telah melaksanakan Ziarah Mahabbah Muallaf Madani bagi siri 1 dan siri 2.
Alhamdulillah, seramai 60 keluarga muallaf telah di santuni dan diziarahi sekitar keramat dan kawasan kepong. Program Ziarah Mahabbah ini dilaksanakan dengan tujuan mengeratkan silaturrahim disamping memperkukuhkan akidah sesama muallaf. Pada masa yang sama menjalin ukhuwah dan jalinan strategik bersama NGO Muallaf Wilayah Persektuan. Pelbagai perkongsian dan luahan rasa telah dapat dikongsikan sepanjang sesi ziarah ini.
Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan CKSB, Ustaz Abuzar bin Zainudin telah mengetuai sesi ziarah ini mewakili Ketua Penolong Pengarah CKSB bersama barisan urus setia Bahagian Dakwah JAWI. Sesi ziarah dilaksanakan secara santai dengan mengadakan bual biacara dan dialog sepanjang program dilaksanakan.
Alhamdulillah, sumbangan tunai dan barangan asasi telah disampaikan dengan harapan dapat meringankan beban keluarga dan membantu kelangsungan hidup menjelang bulan Syawal yang mulia. Semoga ziarah ini dapat memperkukuhkan akidah para muallaf dan JAWI bersama NGO sentiasa komited menjaga kebajikan dengan sebaik mungkin.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan