LAWATAN PENGARAH JAWI KE 'ILAJ HOME
17 MAC 2025M / 16 RAMADAN 1446H (ISNIN) - 'Ilaj Home telah menerima kehadiran YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, dalam siri turun padang Pengarah JAWI ke bahagian dan cawangan di bawah JAWI. Turut hadir dalam sesi tersebut YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBrs. Encik Lukman bin Mohd Hosni, Ketua Penolong Pengarah 'Ilaj Home dan seterusnya YBrs. Pengarah dibawa melawat persekitaran serta meninjau fasiliti yang tersedia di Kompleks 'Ilaj Home. Semoga dengan sesi turun padang ini dapat mengeratkan hubungan antara Pihak Pengurusan Tertinggi dengan staff JAWI yang ditugaskan di Cawangan 'Ilaj Home.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan