PROGRAM BACK TO SCHOOL 2.0 MASJID NURUL ISLAM KAMPUNG DESA PAHLAWAN

10 Februari 2025 /11 SYAABAN 1446H (ISNIN) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Pejabat Pentadbiran Zon 3, Cawangan Masjid dan Surau, Bahagian Pengurusan Masjid telah mengadakan Program Back To School 2.0 di Masjid Nurul Islam, Kampung Desa Pahlawan.
Seramai 300 orang anak-anak asnaf kariah Masjid Nurul Islam telah disantuni untuk menerima sumbangan kelengkapan sekolah melalui Program Back To School 2.0 yang dirasmikan oleh YB Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir bersama Dato’ Wan Imran bin Wan Omar (CEO Roadcare), Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin (Timbalan Pengarah Operasi JAWI), mewakili Pengarah JAWI, Puan Sharidah binti Zainal Abidin (Ketua Bahagian Pengurusan Masjid JAWI), Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin (Pegawai Tadbir Agama Zon 3), Ustaz Suridzal bin Abdul Rahim (Pengerusi Masjid Nurul Islam), Kakitangan Roadcare, Jawatankuasa Masjid Nurul Islam, Anak-anak penerima sumbangan bersama keluarga serta para tetamu jemputan.


Disediakan oleh
Pejabat Pentadbiran Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jumlah paparan: 548