05:54
Imsak
06:04
Subuh
13:17
Zohor
16:40
Asar
19:14
Maghrib
20:29
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENYERAHAN SURAT MAKLUMAN PELANTIKAN PENDAFTAR KANAN, PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.39 AM

 

10 Oktober 2024 | 7 Rabi'ulakhir 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan surat makluman pelantikan kepada 19 orang penerima iaitu seorang Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR(K)) Orang Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, 2 orang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, 13 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 3 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya.

YBrs. Tuan Haji Kamaldin dalam ucapannya telah memberi amanat kepada para penerima tauliah agar melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas kerana urusan nikah, cerai dan ruju’ (NCR) banyak berkait dengan hukum syarak dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].

Beliau juga menekankan agar para penerima tauliah sentiasa berusaha menambah ilmu dan kemahiran berkaitan NCR dengan menghadiri kursus, bengkel, kelas pengajian dan sebagainya di samping menjaga etika dan penampilan sebagai juru nikah .

Turut hadir YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, JAWI merangkap Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan bersama beberapa pegawai BPPK lain.

Pihak Jabatan merakamkan ucapan tahniah kepada pemegang tauliah baharu atas pelantikan sebagai PNCR(K), PNCR dan PPNCR Wilayah-Wilayah Persekutuan. Semoga kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah ini akan beroleh sebaik-baik ganjaran dari Allah SWT.

 

 

 

 

 

WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.42 AM 1 WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.42 AM 3
WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.42 AM 2 WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.42 AM
WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.40 AM WhatsApp Image 2024 10 11 at 11.50.41 AM 1 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar