05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1446H/ 2024M

MT1

 

19 September 2024M | 15 Rabiulawal 1446H (KHAMIS)  – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Saringan Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M pada 18 - 19 September 2024 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini diadakan adalah bertujuan memilih peserta yang layak untuk menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M. Seramai 18 Qari dan 9 Qariah telah mengambil bahagian dalam perujian kali ini. Para peserta yang terlibat adalah mereka yang telah mengikuti Program Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA).

Melalui saringan yang diadakan ini, seramai 14 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan(MTQWP).

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI dan turut dihadiri oleh Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

 

 

MT2 MT3
MT4 MT5
MT6 MT7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel