05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUZAKARAH PENGANJUR-PENGANJUR KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

 

 WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.54.20 AM

12 -13 September 2024M | 8 - 9 Rabiulawal 1446H (KHAMIS) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Praperkahwinan Islam telah mengadakan Muzakarah Penganjur-Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 13 September 2024 (Jumaat) bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Praperkahwinan Islam telah mengadakan Muzakarah Penganjur-Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 13 September 2024 (Jumaat) bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.


Objektif utama muzakarah ini diadakan adalah untuk menyelaras dan menguatkuasakan semula garis panduan dan peraturan yang telah dikemaskini mengikut peredaran masa. Ia juga menjadi platform untuk membincangkan permasalahan berkaitan Kursus Praperkahwinan Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan dan mengenalpasti jalan penyelesaian secara bersama.Slot pertama telah disampaikan oleh Ustazah Nurfarizan binti Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan pemakaian dan penambahbaikan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBPKI) 2024. Manakala slot kedua pula telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Jalani bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Praperkahwinan Islam, BPPK JAWI berkaitan makluman terkini Kursus Praperkahwinan Islam serta sesi soal jawab bersama Penganjur-Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.


Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Turut hadir, YBrs. Puan Hasyidah binti Mohd Noor, Ketua Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam, BPPK JAWI. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Penganjur-Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam yang merupakan syarikat-syarikat yang telah dilantik dan diberikan permit oleh JAWI telah hadir dalam menjayakan muzakarah ini.

 

 

WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.46.59 AM WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.46.59 AM 1
WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.46.59 AM 2 WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.47.02 AM
WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.47.00 AM WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.47.00 AM 1
WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.47.01 AM WhatsApp Image 2024 09 19 at 9.53.39 AM

 

Disediakan oleh:

 

Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel