05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL LATIHAN SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) 2.0 CAWANGAN RUNDINGCARA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM (RCPKI)

WhatsApp Image 2024 09 18 at 9.20.21 AM

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah selesai menjalani latihan 2 modul terakhir yang akan digunapakai dalam SPPIM 2.0; iaitu Modul Khidmat Nasihat & Jawatankuasa Pendamai, dan Modul Praperkahwinan. Kedua-dua modul ini adalah di bawah bidang tugas Cawangan RCPKI.Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah selesai menjalani latihan 2 modul terakhir yang akan digunapakai dalam SPPIM 2.0; iaitu Modul Khidmat Nasihat & Jawatankuasa Pendamai, dan Modul Praperkahwinan. Kedua-dua modul ini adalah di bawah bidang tugas Cawangan RCPKI.Bengkel latihan bagi Modul Khidmat Nasihat & Jawatankuasa Pendamai, SPPIM 2.0 telah dilaksanakan pada 2 & 3 September 2024, bertempat di Makmal Komputer, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bengkel bagi Modul Praperkahwinan, SPPIM 2.0 pula telah diadakan pada 12 September 2024, bertempat di Dewan Besar Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan peserta bagi keduadua bengkel ini adalah seramai 43 orang. Para peserta yang terlibat terdiri daripada pegawai dan kakitangan BPPK, wakil pegawai dari JAWI Labuan, JAWI Putrajaya, serta syarikat-syarikat penganjur Kursus Praperkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim; Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK, Pn. Warda binti Misnon; Ketua Penolong Pengarah, BPPK, pegawai-pegawai dari Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM iaitu Pn. Hariati binti Abu Kher dan Pn. Nurfarizan binti Jaafar, fasilitator-fasilitator dari wakil syarikat, pihak vendor dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan Bengkel Latihan SPPIM 2.0 ini berjalan lancar dan sedia digunapakai dalam urusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang-Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

 

WhatsApp Image 2024 09 18 at 9.20.21 AM 3 WhatsApp Image 2024 09 18 at 9.20.21 AM 4
WhatsApp Image 2024 09 18 at 9.20.21 AM 1 WhatsApp Image 2024 09 18 at 9.20.21 AM 2


 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel