05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WACANA ILMU & PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H

WI 1

 

12 September 2024M | 8 Rabiulawal 1446H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Unit Integriti dan Surau Kementerian Kerja Raya Malaysia telah menganjurkan Program Wacana Ilmu & Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Siri 4/2024. Program bertempat bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia(KKR) khusus kepada pegawai dan kakitangan KKR.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni agama Islam dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.

Melalui dua slot ceramah yang mengupas topik yang menyentuh perihal penjawat awam dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mencari keberkatan dalam kerja buatnya dengan tajuk "Agar Kerja Ku Diberkati”. Telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Muhammad Zarifi Bin Mohd Daud, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM. Manakala slot kedua telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Pahrol Bin Mohd Juoi, Pendakwah Bebas dan Penulis Buku. Beliau telah mengupas tajuk, "Seperti Air Yang Mengalir", beliau menyentuh bagaimana perihal mendidik hati dari terjebak dengan perkara-perkara yang yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah Taala serta memberi motivasi dan panduan hidup sebagai seorang hamba Allah.

Program ini turut menarik minat YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR yang diringi Tuan Shahrul Nizar bin Mohd Shariff, Pengarah Unit Integriti, KKR. Seramai 100 orang peserta daripada kalangan pegawai dan kakitangan KKR telah mengikuti dengan jayanya program ini. Semoga dengan pengisian seumpama ini akan memantapkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dalam merealisasikan budaya al-falah di kalangan penjawat awam.

 

 

WI2 WI3
WI4 WI5
WI6 WI7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel