05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Interaksi Kejiranan Tahun 2024

WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.47 AM 3

 

 

08 September 2024|04 Rabiul Awal 1446H (Ahad) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah menganjurkan Seminar Interaksi Kejiranan Tahun 2024 bertempat di Surau Muhajirin , Perumahan Awam Desa Rejang , Setapak Jaya, Kuala Lumpur. Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan anjuran bersama Surau Muhajirin Desa Rejang dan JAWI Food Bank.

Program ini disertai seramai 200 orang penduduk di Perumahan Awam Desa Rejang termasuk 30 orang Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia .

Program dimulakan dengan Ceramah bertajuk " Hak-hak Jiran : Anda Peduli ? " yang telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hafizi bin Abd Rahim, Naqib Masjid Saidina Hamzah.

Antara pengisian program pada hari ini adalah aktiviti gotong royong membersihkan Surau Muhajirin dan kawasan sekitar .

Kemuncak program ini merupakan Ziarah Cakna Asnaf dengan menziarah keluarga Asnaf di Perumahan Desa Rejang serta penyerahan sumbangan Bakul Makanan JFB.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh , Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI,Ustazah Rabihah binti Ibrahim.Turut hadir,  bersama ialah Encik Mohd Zukri bin Mohd Nor, Pengerusi Surau Muhajirin dan Ustaz Murshidi bin Abd Hamid, Pegawai Tadbir Agama Zon 4 JAWI.

Semoga program ini dapat memupuk semangat kejiranan tanpa mengira  latar belakang , agama dan bangsa di kalangan peserta.

 

 

WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.48 AM WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.48 AM 1
WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.46 AM 1 WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.47 AM
WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.47 AM 2 WhatsApp Image 2024 09 09 at 10.27.46 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel