05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR BICARA SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN MERUNGKAI ISU DAN PERMASALAHAN BERKAITAN FARAID, HIBAH DAN WASIAT

GAMBAR PERSERTA BERAMAI2

 

3 September 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Muslimin Masjid Wilayah Persekutuan telah berlangsung dengan jayanya Seminar Bicara Syariah Wilayah Persekutuan Siri-2 bagi tahun 2024 yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Puan Hajjah Zahrah binti Mustaffa, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI.

Seminar yang bertemakan Fiqh al-Mawarith dengan tajuk Faraid, Hibah dan Wasiat: Pengurusan Harta Untuk Keluarga merupakan lanjutan dari seminar yang diadakan pada siri - 1 tahun 2024 dengan kupasan yang lebih mendalam dan menyeluruh khusus berkaitan Faraid, Hibah dan Wasiat.  Seramai 103 peserta hadir bagi menjayakan seminar yang disampaikan oleh Tuan Zahari bin Mahad Musa, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sangat berpengalaman dalam isu dan persoalan berkaitan pengurusan harta dalam Islam.  

Tujuan penganjuran seminar ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada para peserta mengenai tips pengurusan harta bagi tujuan faraid, hibah dan wasiat bagi memastikan harta diurus dengan baik dan diberikan hak kepada yang berhak, serta memberi penjelasan kepada peserta berkaitan jenis harta peninggalan yang boleh difaraidkan agar urusan harta untuk keluarga dapat dirancang dan diurus dengan baik tanpa menimbulkan perselisihan dan pertikaian dalam kalangan ahli keluarga.

PESERTA 1 PESERTA KE 2
PENCERAMAH PESERTA 3
 PENCERAMAH MENGAJAR PENERIMA CENDERAHATI PENCERAMAH 
PERASMI MAJLIS PENERIMA CENDERAHATI PERASMI

 

Disediakan oleh:

Cawangan Syariah

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel