05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT KERJASAMA KAJIAN JAWI-USIM TAHUN 2024

WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.44 PM 2

 

 

02 September 2024 | 28 Safar 1446H (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Kajian JAWI-USIM Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dapatan awal serta progres kajian bertajuk "Trend dan Faktor Perceraian di Wilayah Persekutuan : Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur" yang sedang dilaksanakan oleh BPPK dengan kerjasama kumpulan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Dr Dina Imam Supaat, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM bersama empat orang penyelidik dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan (BPY), Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK serta beberapa orang pegawai BPPK dan BPY JAWI.

Kajian yang bermula awal tahun 2024 dan dijangka selesai pada penghujung tahun ini telah mengkaji tentang punca, faktor serta trend perceraian yang berlaku dalam kalangan orang Islam di Wilayah Persekutuan berdasarkan dua kaedah iaitu analisis data daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kutipan data melalui temubual responden.

Alhamdulillah, sesi pembentangan kajian oleh USIM berjalan dengan lancar disertai perbincangan dan soal jawab bagi setiap persoalan dan isu yang dikemukakan. Kerjasama kajian ini diharapkan dapat menjalin hubungan dua hala di antara JAWI dan USIM serta menatijahkan hasil yang bermanfaat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan seluruh Malaysia umumnya. 

 

WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.44 PM WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.43 PM
WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.44 PM 1 WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.45 PM
WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.45 PM 1 WhatsApp Image 2024 09 02 at 9.48.44 PM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel